“Semuanya idea Iqram” Ini penjelasan penuh Mona Allen, Iqram Dinzly dan Mia Nassir

55,492 views

Akhirnya telah terungkai semua kisah disebalik kes melibatkan Mona Allen dan juga Iqram Dinzly serta beberapa pelakon lain termasuklah Mia Nassir serta Qistina Khaled.

Semalam terjawab semuanya setelah kesemua pelakon ini bertemu di satu majlis party sempena tamatnya drama bersiri lakonan pelakon-pelakoni ini.

Melalui satu sesi live oleh Mona Allen, hal ini dijawab oleh Iqram Dinzly dan semua yang terlibat.

Jelasnya, semua drama pertelingkahan antara Mona Allen dan Iqram Dinzly ini hanyalah rancangan dan lakonan semata-mata. Mastermind disebalik drama ini ialah Iqram Dinzly sendiri.

“Apa yang berlaku ni, apa yang terjadi pada Mona Allen, pada Mia, dan tentang Qistina ni mastermind dia saya sendiri, saya yang keluar apa yang perlu dikatakan.”

“Kami dalam drama ni, macam sebuah keluarga, kami ni mempunyai keakraban, tu memang tak dapat nak dinafikan.”

“Ini hanya permainan dari behind the scene dalam set. Ianya tak dirancnagan, hanya go with the flow. Kami ada connection yang bagus. Ianya bukan tipu atau prank tapi hanya beri jalan cerita. Netizen Malaysia ni memang padu, paling hebat, korang yang buat gegaran serta dah viral.”

“Kami dalam drama ni, memang semuanya positif. Saya masuk dalam episode 100 lebih, saya buat ni untuk hadiah buat drama ni.”

“Apa yang berlaku di media sosial, boleh kata ianya satu latihan saya sebagai seorang pelakon. Saya bersyukur dapat berganding dengan Mona Allen, chemistry kami amat padu. Saya pun dah minta izin dengan Pekin. Pekin ni sahabar saya dari dulu lagi.”

Itulah penjelasan dari Iqram Dinzly. Sementara itu, ini pula komen dari Mona Allen yang megesahkan bahawa semuanya idea dari Iqram Dinzly.

“Kita semua baik-baik saja, kita buat benda ni sebab nak tengok sama ada korang boleh lagi terima Iqram ke tidak, syukur semuanya baik saja, sangat sayangkan Iqram. Happy untuk dia. Memang iqram memang mastermind semua ini.” Ini kata-kata dari Mona Allen.

Mia Nassir turut memberi penjelasan tentang hal ini.

“Apa yang terkeluar atau tertulis dari saya tu, semua dari Iqram Dinzly. Tak ada satu pun dari saya.” Itulah kata-kata dari Mia Nassir.

Ini sedutan live tentang penjelasan dari pelakon-pelakon ini.

Memang menjadi drama lakonan dari Mona Allen, Iqram Dinzly, dan juga Mia Nassir serta pelakon lain.