“Apa dah jadi, kenapa sampai macam ni” Fesyen terdedah Emma Maembong jadi bualan

15,357 views

Selepas penat menjalani ibadah puasa sudah tentu ada yang akan mengambil peluang sempena musim cuti ini untuk pergi holiday.

Pelakon terkenal Emma Maembong kini berada di Bali Indonesia. Emma dan adiknya Chacha Maembong serta beberapa rakan termasuk pelakon Natasha Elyzza berada di Bali untuk bercuti sakan di bulan Syawal ini.

Semalam menerusi satu entry di laman media sosial miliknya, Emma Maembong ada muatnaik gambar terkininya dengan fesyen yang amat ranggi.

Emma Maembong dilihat ada membuat style rambut yang baru ketika berada di Seminyak, Bali.

Pelakon ini dilihat telah buat rambut braid di sebuah pusat kecantikkan bernama Charlota Salon. Tempat ini dilihat memang ada membuat style rambut yang agak funky dan ranggi.

Rambut Emma yang telah dibuat braid itu diwarnakan sedikit biru, ianya kelihatan amat terang.

Turut membuat rambut di salon yang sama ialah Chacha Maembong dan juga Natasha Elyzza.

Apa yang menarik perhatian para follower ialah cara pemakaian Emma Maembong. Dilihat, pelakon ini tampil memakai pakaian terdedah seperti singlet berwarna putih dan berseluar berwarna merah.

Ternyata ini membuatkan sesetengah netizen terkesima dan menulis komen kurang gemar Emma Maembong berpakaian sedemikian.

Ada yang menulis komen sinis dan ada juga yang menulis komen mendoakan agar Emma kembali kepada yang dulu iaitu Emma yang pernah bertudung menutup aurat.

Ini antara komen yang ditulis oleh netizen.

Syeraf Acap menulis: “Dah tak ade baju ke kak, tengok pakai singlet je tu.”

Nur Sykrantasha pula menulis: “Semoga cepat mendapat hidayah dan kembali macam dulu kembali bertudung.”

Eynanafissa berpendapat: “Dulu semasa Emma bertudung memang lawa betul.”

Ada juga beberapa netizen yang tertanya: “Semakin terdedah, kenapa jadi macam ni. Apa dah terjadi.”

Sempat juga netizen bertanya apa reaksi suami Emma, ini tulis Fazlan Shah: “Suami tak ada tegur ke.”

Itulah kisahnya fesyen Emma Maembong ketika sedang bercuti di Bali, Indonesia.