“Tumpas, tak boleh bangun, tak boleh menyusu” Syatilla Melvin masuk hospital semula

5,353 views

Ini berita terkini tentang pelakon yang baru saja melahirkan anak ketiganya iaitu Syatilla Melvin, isteri kepada Shaheizy Sam.

Di hari ke empat selepas selamat melahirkan baby ketiga, nampaknya Syatilla telah dimasukkan semula ke hospital dan kini sedang mendapatkan rawatan.

Hal ini disahkan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu entry di laman media sosial miliknya.

Jelas Syatilla dia mengalami keadaan yang agak teruk juga sampaikan merasakan dirinya tak larat nak bangun.

Malahan Syatilla juga alami kesukaran untuk menyusukan baby yang baru berumur empat hari itu. Kata Syatilla dia juga tak larat nak pegang apatah lagi mendukung baby barunya itu kerana badan yang tak mengizinkan.

“Pada hari ke empat selepas pembedahan caesarean section melahirkan anak, akhirnya dir saya ni tumpas dan kini kembali semula ke pangkuan hospital balik.”

“Saya kena spinal headache yang boleh dikatakan teramat teruk. Sampai diri saya ni tak boleh nak bangun, tak boleh nak susukan baby, even saya tak dapat nak pegang baby sangat pun. Doakan Tilla.”

Itulah yang ditulis oleh Syatilla Melvin di sekeping foto yang menunjukkan dirinya sudah pun berada di atas katil di hospital sambil dipasang drip di tangannya.

Diruangan komen ramai yang mendoakan agar pelakon ini akan kembali sihat sepenuhnya. Antara rakan artis yang turut menulis komen ialah Rozita Che Wan, Ramona Zamzam, Noryn Aziz dan beberapa ramai lagi.

Untuk info, pada empat hari yang lalu, bertarikh 9 Mei. Baby girl seberat 3 kilogram selamat dilahirkan secara pembedahan oleh Syatilla Melvin. Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin disatukan dengan ikatakan yang sah pada tahun 2016 dan mempunyai dua anak sebelum ini iaitu Syeriz yang dah masuk umur 5 tahun dan anak kedua Sarima namanya, dah masuk umur 2 tahun.