"Fuad Rahman dah jumpa family saya, anak-anak panggil dia bapak" ~ Tom - News Tel

“Fuad Rahman dah jumpa family saya, anak-anak panggil dia bapak” ~ Tom

2,776 views

Kisah percintaan dua peserta Gegar Vaganza musim kesembilan iaitu Fuad Rahman dan Tom akkhirnya diketahui ramai. 

Kedua penyanyi ini telah mengumumkan hal ini setelah menukar status hubungan mereka di laman media sosial Facebook. 

Pasangan ini mula mesra di pentas Gegar Vaganza dan Fuad meluahkan mahu menjalin hubungan dengan Tom sekitar minggu lalu. 

Tentang anak-anak, Tom menjelaskan bahawa kedua anaknya senang dengan Fuad, malahan sudah memanggilnya dengan panggilan bapak. 

 Dua anak lelaki Tom iaitu Putera Adler Iesta dan Putera Evans Ezra juag amat sayang dengan kehadiran Fuad Rahman.  

“Anak-anak saya memang amat menyayangi Fuad. Memang sayang sangat. Fuad ni cucu pun dah ada, oleh itu, dia memang amat pandai ambil hati kanak-kanak.”  

Tom menambah, oleh kerana pernah jalin hubungan dengan Fuad lama dulu, dia tahu hati budi Fuad Rahman. 

“Kalaulah saya ni tidak kenal Fuad, saya takkan terus sayang dia. Oleh kerana saya lama dah mengenalinya, saya memang berani nak kenalkan pada anak-anak saya.”  

“Memang lucunya juga anak-anak saya panggil dia bapak. Macam dah old school pula. Kalau awal-awal dulu dorang panggil Fuad tu uncle saja.” 

Selain itu, Tom juga mendedahkan bahawa Fuad pun dah bertemu dengan familynya. Malahan Tom akan mengikuti Fuad untuk bertemu family Fuad tak lama lagi.  

“Family kami pun memang dah kenal satu sama lain sebabnya dulu kami sama-sama penyanyi di kelab dan memang pernah jalin hubungan dulu.”  

“Dia dah bertemu dengan family saya, baru saja semalam dan pada minggu depan pula, saya pun akan ke Singapura untuk bertemu dengan family Fuad pula.” 

Itulah kisahnya tentang perkembangan terkini perhubungan yang dijalin oleh dua peserta Gegar Vaganza iaitu Fuad Rahman dan juga Tom. 

Latest from Hiburan


“Tom bukan perampas, saya dah 3 bulan tak bersama isteri” Ini penjelasan Fuad Rahman

3,972 views

Dua peserta Gegar Vaganza musim ke sembilan iaitu Fuad Rahman dan Tom kini secara terbuka mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta. 

Akan tetapi timbul pula tanda tanya apa sebenarnya status Fuad Rahman, adakah bujang, duda atau pun suami orang. 

Ini disebabkan, ada yang mengatakan bahawa Fuad sebelum ini pernah berumah tangga di awal tahun 2022. 

Melalui laporan Mstar, akhirnya Fuad Rahman menjawab dakwaan yang mengatakan Tom sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya. 

Fuad menegaskan bahawa Tom bukan seorang perampas dan menjadi punca dia dan isteri mahu berpisah. 

Penyanyi dari Singapore ini akui dia dan isteri kini sedang dalam proses penceraian, selepas enam bulan mendirikan rumah tangga. 

Perkahwinan Fuad Rahman awal 2022

Jelas Fuad, dia dan isteri telah bersepakat untuk berpisah kerana tak ada lagi persefahaman malahan sudah tidak tinggal bersama sejak tiga bulan lalu.   

“Saya dan isteri saya dah tiga bulan tidak tinggal bersama. Kini dalam proses untuk urusan perceraian di mahkamah. Jadi tak timbul isu kononnya Tom menjadi punca saya untuk bercerai.”  

“Perkahwinan kedua saya hanya mampu bertahan selama enam bulan saja. Kami sepakat untuk jalani haluan masing-masing sebab tiada lagi keserasian.” 

“Orang boleh nak cakap apa pun sebab mereka tidak tahu hal sebenar. Bekas isteri saya pun tahu hal ini. Dia pun harap urusan kami akan selesai dengan segera.” 

Fuad berkata, dia terbuka untuk menyatakan sedang jalin hubungan dengan Tom agar tiada orang salah faham. 

“Saya terbuka untuk bercerita tentang hubungan dengan Tom kerana saya tak nak ada orang yang ternampak kami dan salah anggap.” 

Selain itu, Fuad juga akui pernah bercinta dengan Tom pada tahun 2005, namun hubungan berkenaan terputus setelah Fuad ditahan di dipenjara.  

“Kami kenal sejak tahun 2005 dan jalin hubungan on, off. Pada tahun 2010 saya ditahan dan dikenakan hukuman penjara. Sejak itu kami berpisah dan dia bawa diri ke Langkawi.” 

 “Saya mahu menebus semual hal yang lalu kepada Tom.” 

Itulah penjelasan dari Fuad Rahman tentang kisahnay dengan Tom. 

Go to Top