“Apa salah kami, memang tak sangka” Madammu, Eriyca Baiduri terkejut nak disaman

7,664 views

Ahli perniagaan, yang juga pemilik jenama Noir iaitu Eriyca Baiduri Abdul Rashid atau lebih dikenali dengan nama Madammu, terkejut apabila ibu tirinya tak puas hati dan mahu menyaman dirinya. 

Dari laporan, Madammu berkata, ibu tirinya mahu menyaman sehingga RM10 juta. 

Semuanya gara-gara dirinya muatnaik video adik beradiknya berjumpa dengan ayah kandungnya. 

Hal ini bermula, apabila kakak kepada Madammu bernama Dahlia Baiduri Abdul Rashid berjumpa dengan ayah kandungnya setelah lama tak bertemu. 

Ini videonya:

Walaupun Madammu tak datang bertemu, tetapi ahli perniagaan ini telah muatnaik video kakaknya itu, namun telah membuatkan ibu turunya tak senang duduk. 

Madammu menerima mesej dan meminta video berkenaan dipadam dan jika tak berbuat sedemikian, tindakan saman sebanyak RM10 juta akan diambil. 

“Anak Rashid, tak sukalah video ayah tersebar merata-rata, ayah dia bukan artis, boleh padam segera atau disaman RM10juta”

Terkejut dengan mesej berkenaan, Madammu tertanya-tanya apakah salahnya muatnaik video ayahnya sendiri.  

“Alahai mahu menyaman apa ni sampai RM10 juta? Salah kah jika anak-anak sendiri nak jumpa ayah mereka?” 

“Kami tak akan memadam video berkenaan kerana itu memang ayah kandung kami, mana ada undang-undang yang tidak beri anak jumpa ayah sendiri.” 

Jelas Madammu, ayah kandungnya itu yang contact dan meminta anak-anak untuk berjumpa setelah lama tak berhubung. 

Namun, Madammu tak dapat turut serta ketika pertemuan itu sebab isu kesihatan, sedang mengandung dan tak mampu nak travel jauh sampai ke Terengganu. 

Pertemuan berkenaan berlangsung di sebuah kedai makan dan bukannya jumpa di rumah bapa dan ibu tirinya itu.  

“Ayah kami sendiri yang telefon kami katanya sudah lama teringin untuk jumpa dengan adik-beradik dan cucu-cucunya. Sebelum ni ayah pernah datang ke Kuala Lumpur namun dia kata tak dapat nak cari kami sebab dah tukar nombor phone.”  

“Selepas ayah dapat nombor telefon kdia pun terus hubungi kami dan minta untuk berjumpa.” 

Madammu bercerita lagi bahawa dia adik beradi sudah berpisah dengan ayah sejak kecil dan telah dibesarkan oleh ibu kandungnya.  

“Ayah dan ibu saya berpisah sebab ayah berkahwin lain. Itu pada 1991, dan memang kami tak berjumpa ayah, kecuali ketika dia jadi wali semasa pernikahan kami. Tapi itu pun tak sempat berbual lama.”  

“Apa yang saya ingat seumur hidup saya, hanya bertemu dengan ayah sebanyak lima atau enam kali saja dulu masa kecil.” 

“Saya dah kenal dunia memang tiada ayah. Saya tak ada pun nak memarahi ayah, saya tahu dia pun orang yang baik.” 

“Dia sentiasa cuba nak mudahkan urusan kami, dan tak pernah nak ambil kesempatan kepada kami adik-beradik. Tetapi ada orang sekelilingnya yang kurang senang dengan kami.” 

Itulah kisahnya yang sedang dilalui oleh ahli perniagaan jenama Noir iaitu Eriyca Baidur atau Madammu.