“Dah penat, alasan tak munasabah” Luahan hati anak tiri Miera Leyana, persoalan tindakan ayah

9,192 views

Selepas kisah perkahwinan beberapa selebriti jadi bahan percakapan orang ramai, kali ini kisah melibatkan pelakon Miera Leyana pula jadi bahan. 

Miera Leyana merupakan isteri kedua kepada suaminya Rosland Othman, CEO kepada syarikat Sarawak Consolodated Industries Berhad. 

Semalam, madu Miera Leyana iaitu isteri pertama Rosland Othman, mendedahkan bahawa suaminya itu tak memberi nafkah anak selama satu tahun. 

Puan Adibah, isteri pertama Rosland Othman turut mendedahkan suaminya itu dah lama tak pulang ke rumahnya selain no phone nya juga sudah kena block menyebabkan tidak dapat berhubung. 

Kes ini sudah pun naik ke mahkamah dan sedang dibicarakan. Adibah kini sedang menuntut haknya sebagai isteri di mahkamah. 

Susulan kes ini mula jadi bualan dan dah pun naik mahkamah, salah seorang anak kepada Rosland Othman telah tampil luah perasaan di laman media sosial. 

Anaknya yang bernama Izzah ini mempersoalkan tindakan ayahnya yang tak beri anak nafkah, tetapi boleh pula bercuti ke luar negara bersama isteri keduanya iaitu Miera Leyana. 

Pada bulan Januari yang lalu, Miera Leyana ada muatnaik foto bercuti bersama Rosland Othman di Viena bersama anak kecil mereka iaitu Rachel Aisyah. 

Kata Izzah, kini ibunya terpaksa berjuang untuk tuntut nafkah di mahkamah. 

“Ini memang terjadi kepada ibu dan juga adik-adik saya. Ayah saya ni boleh kahwin dua, boleh cuti luarnegara ke Viena bulan Januari lepas, tetapi liat nak beri nafkah kepada anaknya. Saya pun dah muak dengan semua ni, kini mah pun dah kena naik mahkamah nak tuntut haknya.” 

“Saya pun tak tahu kenapa nak cerita benda ni, sebenarnya jarang saya cerita pasal keluarga saya. Tetapi saya benar dah penat.” 

“Ayah saya selalu saja beri alasan tak munasabah dan konon jadi mangsa dalam hal ini. Saya nak justice untuk ibu saya. Ibu saya lalui banyak rintang kepada ayah. Saya lihat sendiri.” 

“Kepada semua yang terbaca ini, sila doakan untuk ibu saya dan juga adik-adik saya.” 

Ini foto luahan hati dari Izzah Rosland. 

Izzah Rosland merupakan salah seorang anak Rosland Othman dengan isteri pertamanya Adibah, madu kepada Miera Leyana, dan dari laporan dikatakan masih lagi ada adik beradik Izzah yang bersekolah.