Apa terjadi, Azar Azmi tak nak jumpa orang, sampai kurung diri di rumah

10,995 views

Siapa yang tak kenal dengan pelakon Azar Azmi. Namanya kini memang sedang naik sebagai pelakon dan lakonan dalam drama Nur membuatkan namanya menjadi antara list yang ramai nak nantikan lakonannya.

Pelakon berumur 33 tahun dari Rembau ini juga memang memiliki wajah yang amat cantik, ditambah bakat yang sudah ada, memang mempunyai pakej yang amat baik untuk menajdi pelakon yang terkenal.

Namun perkembangan terbaru, ada laporan dari Utusan mengatakan Azar Azmi kini bagaikan sudah hilangkan dirinya.

Azar Azmi dah lama tak hadiri sebarang event mahupun terlibat dengan sebarang aktiviti di dalam dunia seni ini.

Menerusi laporan dari Cik Bung dari Utusan, khabarnya ada sesuatu yang mengganggu Azar Azmi sehingga kan pelakon ini hanya mengurugkan dirinya saja, dalam rumahnya.

Bahkan Azar Azmi juga dah tak mahu berjumpa lagi dengan sesiapa pun di waktu ini. Untuk membaca laporan berkenaan, boleh baca di bawah ini. Laporan penuh dari Cik Bunga dari Utusan.

Memetik kata-kata dari laporan berkenaan, Azar Azmi sampai dah tak mahu berjumpa dengan rakannya juga.

Namun tidak diketahui apa puncanya sehingga jadi begitu. Dari petanda, tak mahu jumpa orang, kuringi diri sendiri ini khuatir juga dilihat seakan ada isu dengan akal fikiran mental dan emosi.

Sememangnya, mereka yang rapat dengan Azar Azmi harus hadir ketika ini untuk memberi sokongan kepada pelakon ini.

Sekiranya mempunyai isu sekalipun, harapnya dapatlah di selesaikan buat diri Azar Azmi.

Memang ramai yang melihat Azar Azmi kembali mewarnai dunia seni ini dengan lakonannya. Sayang betul kalau ianya terbazir bergitu saja.

Sama-sama doakan agar Azar Azmi akan kembali aktif dalam dunia seni ini, dan harapnya semuanya okey dan baik-baik saja.