“Apa yang saya mahukan ialah kesetiaan” Ini pendedahan Ellie Suriaty

1,586 views

Satu lagi luahan hati dari Ellie Suriaty, berkenaan kisah yang melanda dirinya dengan bekas suami Azri Iskandar.

Pelakon dan pengarah berumur 52 tahun ini mendedahkan bahawa perkahwinannya dengan Azri itu memang dah tak rasa manisnya.

Dari satu temubual Ellie sendiri akui bahawa kemanisan dan seri rumah tangga dah tiada lagi.

Malahan, baginya, Azri pun dah berubah umpama hilang dalam rumah tangga dan ini sekaligus antara sebab Ellie pun ambil keputusan untuk mengundurkan diri.

“Saya dah kenal Azri selama 19 tahun atau 22 tahun termasuk kami kenal sebelum kahwin. Oleh itu saya tahu perubahannya dan ini termasuklah segi body language semua. Saya amat faham dan saya tak nak tanya banyak sebab dah pernah lalui.”

“Kadangkala dia ni macam dah tak hidup di dalam rumah. Saya ini senang saja, jika dibawa pergi keluar makan pun saya dah seronok. Kalau saya dapat barang pre-loved pun dah teramat suka sebab bagi saya momen itu bukan lagi barang atau material. Tak perlu pun terbangkan saya ke London atau sampai ke Paris.”

“Dia amat mudah ketika kahwin dengan saya dan semasa nak berpisah pun nampak mudah. Sepanjang hidup dengan Azri, saya tak pernah minta sebarnag barang kemas, rantai, cincin atau apa pun.”

“Apa yang saya perlu dan mahukan ialah kesetiaan, saya tak minta duit sebulan RM5ribu sebab wang bukan isunya. Semuanya berkaitan tentang cinta, love.”

Itulah luahan dari Ellie Suriaty tentang suaminya Azri Iskandar menerusi satu temubual dengan Datuk Aznil Haji Nawawi dalam rancangan Hard To Heard yang disiarkan di Astro malam tadi.

Ellie Suriaty dan Azri Iskandar telah disahkan berpisah dengan talak satu pada bulan Mei lalu.