Baju sendat, nampak leher.. Kenapa upload pic ni.. Nabila Razali kata dah tanya ibu

2,856 views

Beberapa hari lalu, penyanyi dan pelakon Nabila Razali ada upload sekeping foto yang mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Nabila Razali muatnaik gambar yang menunjukkan dirinya memakai baju renang semasa sida sedang bercuti di sebuah pulau.

Penyanyi ini dilihat sedang holiday di pusat peranginan terkenal tanah air iaitu di Taaras Beach Spa Resort, Pulau Redang, Terengganu.

Seperti kebanyakkan orang, Nabila Razali telah menyematkan memory dan telah upload gambar kenangan ketika bercuti di pulau berkenaan.

Foto itu memperlihatkan dirinya memakai baju renang berwarna hitam. Baju berkenaan akhirnya menjadi tumpuan.

Ada netizen yang mengatakan tidak patut untuk upload gambar itu kerana dilihat terlalu sendat dan nampak bentuk badan selain turut memperlihatkan bahagian leher.

“Baju sendat, nampak leher, leher aurat kan. Baik padam saja”

Menjawab komen yang dilemparkan kepadanya, akhirnya Nabila Razali memberitahu baju itu sesuai dengan persekitaran dan aktiviti di pulau berkenaan.

Malahan dia turut meminta pendapat dari ibunya tentang hal berkenaan.

“Setelah jadi isu, saya ada tanya kepada ibu. Dia pun tak ada masalah sebab itu merupakan baju mandi dan ianya memang sesuai untuk aktiviti yang nak kita buat.”

“Selain itu, material baju itu juga dah cukup tebal dan tak ada pun menampakkan bahagian yang tak sepatutnya.”

“Kalau ibu atau family saya yang lain rasa penampilan itu tidak sesuai, barulah saya akan padamkan foto itu dari media sosial.”

Nabila Razali bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin dengan cara pemakaiannya.

“Apa saja seorang public figure buat, orang akan nampak. Saya faham mereka prihatin dan terima kasih dengan semua komen.”

“Tapi kalau nak menegur, kena hati-hati, janganlah sampai mengusik family saya. Tapi saya tetap terima semua komen secara terbuka.”

Itulah komen dari Nabila Razali tentang baju renang miliknya.