Kisah nama anak kepada Halim Othman iaitu Myra Natasha yang berbintkan Abdullah mendapat perhatian dari Jabatan Pendaftaran Negara atau JPN.
JPN telah menawarkan untuk membantu pengacara dan penyampai radio dan juga anaknya itu.
Namun pihak JPN meminta Halim Othman hadir dengan dokumen serta segala info tentang perkahwinannya di negara seberang.
Secara jujur, Halim Othman mengatakan dia memang tak ada sebarang dokumen untuk ditunjukkan, namun Halim tetap terbuka untuk bertemu dan mendapatkan pandangan dari pihak JPN.
“Saya ni memang tak ada apa-apa dokumen tentang perkahwian sebab saya bernikah di negara jiran, Thailand.”
“Dah reda dengan apa yang telah terjadi dan saya pun memang tahu ini masanya untuk move on. Apapun saya terbuka untuk berjumpa dengan pihak JPN untuk mengetahui apa pandangan mereka.”
Dari laporan, Halim Othman bernikah dengan bekas isterinya di Thailand dan kemudian Myra Natasha dilahirkan setahun selepas perkahwinan.
Tentang pendedahan hubungannya dengan Myra Natasha, Halim Othman menjelaskan, ada hikmah yang datang iaitu hubungan dia dan ibu kepada Myra telah semakin pulih.
“Saya lalui semua ini secara tenang. Saya telah beri komen yang tidak mahu menyinggung hati mana-mana pihak.”
“Dan ternyata ada rahmat yang berlaku. Saya dapat berhubung dan telah pulihkan semula hubungan dengan ibu Myra.”
“Harapnya dapatlah sambut Hari Raya Aidilfitri dengan baik dan inilah merupakan masa untuk saling minta maaf.”
Myra Natasha pula berkata dia memang mahu berbintikan nama ayahnya, tetapi dia tak naklah sampai susahkan mana-mana pihak.
“Saya amat menghargai JPN memberi respon tentang situasi ini. Apapun saya tak rasa ini satu proses mudah.”
“Ini akan ambil masa yang panjang dan akan susahkan pelbagai pihak. Saya tak nak macam tu, terutama ia jadi beban pada ibu.”
“Jika tak tukar nama pun tak apa, kerana banyak dokumen saya semua memang binti Abdullah. Ini takdir saya, dah lalui selama 27 tahun.”
Walau apa pun Halim Othman dan Myra Natasha akan bertemu wakil JPN untuk mendengar pendapat mereka tentang isu ini.