Raja Azmi akui dua tahun tanggung suami, sejak hilang punca pendapatan

3,666 views

Penerbit Raja Azmi, 62 tahun akui kini dia sedang menanggung suaminya yang juga pemuzik, Mohd Eddie Ghazali, 53 tahun.

Ianya bermula sejak dua tahun lalu setelah sumber pencarian Eddie yang merupakan pemuzik, terjejas ekoran adanya perintah kawalan pergerakkan.

Selain itu, Eddie yang merupakan pemain gitar kumpulan CRK, juga banyak habiskan masa menjaga orang tuanya.

Melalui laporan Harian Metro, ini komen dari Raja Azmi.

“Suami saya jaga bapanya sakit. Kemudian, tak lama lepas itu bapanya telah meninggalkan dunia. Itu semua merupakan percaturan dari Illahi.”

“Ketika ini berulah suami sedang susun dan merencana kembali perjalanan kerjaya memandangkan sektor pekerjaannya akan kembali beroperasi sepenuhnya pada bulan Jun ini.”

“Suami saya merupakan pemuzik di sebuah kelab yang sebelum ini telah ditutup ketika perintah kawapan pergerakkan.”

Jelas Raja Azmi dia tak kisah tentang hal ini kerana faham bahawa suami isteri kena tolak ansur.

“Suami isteri ini seharusnya hidup dengan penuh bertolak ansur. Semasa dia susah, sayalah yang tolong. Mana tahu jika dia berjaya nanti, dia pula yang akan tanggung saya.”

Bagi Raja Azmi, suaminya itu serang yang amat disenanginya. Eddie dilalabel sebagai seorang yang romantic selian suami yang bertanggungjawab.

“Di usia yang dah semakin senja ini, tak ada apa yang saya harapkan selain dapat bahagia sampailah hujung nyawa saya. Suami saya ni pula semakin hari semakin romantik.”

“Dalam 10 hal tu, mingkin hanya ada satu saja kekurangannya. Oleh itu mengapa kita tak tutup sebelah mata dan lihat saja kebaikannya. Apatah lagi, diri kita ni sendiri tak sempurna.”

Itulah komen dari Raja Azmi tentang perkahwinannya dengan Eddie CRK, yang mana telah dibina sejak tahun 2013.