Atikah Suhaime ingatkan bermimpi nikahi Datuk Lokman Teh

1,436 views

Pelakon Atikah Suhaime, 33 tahun, kini dah pun selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Lokman Teh.  

Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung semalam yang mana Atikah dan Lokman dinikahkan oleh bapa Atikah iaitu Mohd Suhaime. 

Pengantin perempuan telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran pula dirahsiakan nilainya. 

Menerusi satu posting, Atikah telah muatnaik gambar bersama suaminya di atas pelakon, sambil bersalaman. 

Bagi Atikah, kebahagiaan bergelar sebagai seorang isteri ini bagaikan satu mimpi buatnya. 

Macam tak percaya, ingatkan masih lagi bermimpi ye Lokman Teh.” Tulis Atikah. 

Majlis pernikahan Atikah dan Lokman ini diadakan secara tertutup di ibu kota, yang mana para hadiri hanyalah ahli keluarga serta teman rapat saja. 

Pihak lelaki memberikan sebanyak tujuh dulang hantaran dan ianya dibalas sebanyak 9 dulang oleh pihak pengantin perempuan. 

Kedua dua menganakan pakaian pengantin sedondon berwarna cream. 

Datuk Lokman Teh merupakan CEO atau Pengarah untuk barangan yang amat terkenal iaitu jenama Zaitun. 

Dari laporan, Lokman merupakan cucu kepada pengasas produk Zaitun ini.   

Ini beberapa foto sekitar majlis pernikahan di antara Atikah Suhaime dan juga Datuk Lokman Teh.

Sebelum ini, Atikah telah muatnaik satu video ringkas menunjukkan Lokman dan rombongan keluarganya telah datang ke kediamannya di Singapura untuk merisik dan juga bertunang. 

Tahniah diucapkan buat Datin Atikah Suhaime dan juga Datuk Lokman Teh.