Diddy AF4 kini bergelar Dr, dilantik Timbalan Dekan di fakulti UUM

762 views

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke empat iaitu Diddy kini berjaya dalam bidang akademik. 

Diddy kini telah dilantik sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Universiti Utara Malaysia SCIMPA. 

Sudah mempunyai Doktor Falsafah PhD dan bergelar Dr Diddy, beliau bersyukur dilantik jawatan tersebut. 

“Saya bersyukur apabila diberi kepercayaan pegang mandat ini. Dalam masa yang sama, saya sangat gementar kerana tanggungjawab dan amanah ini amat besar.” 

“Tahun 2024 in akan jadi satu tahun yang mencabar buat saya.” 

“Ini kali pertama saya keluar dari kelompok selesa saya.” 

Sebelum ini Dr Diddy merupakan penysarah kanan di UUM pada tahun 2021, dan kini meneruskan legasi kerjaya sebagai seorang pentadbir pula. 

“Bagi saya ini pencapaian yang drastik dan amat besar. Saya mula sebagai pensyarah kanan pada tahun 2021 dan dalam satu tahun setengah saya kerja kini saya dilantik jawatan ini. Kini saya uruskan hal ehwal pelajar dan juga kebajikan para pelajar.” 

Walaupun mempunyai kerjaya yang memerlukan kudrat yang banyak, Diddy menyatakan, muzik masih lagi berada di hatinya. 

Malah Diddy akui masih lagi menyanyi sehingga kini dan membuat perangkaan untuk menghasilkan lagu baru di masa depan. 

“Saya pun masih lagi fikir cara dan strategi untuk lagu baru. Ada juga yang beri lagu baru seperti Azmeer dan juga Fitri Haris.” 

“Mungkin saya akan tampil dengan lagu balada, bukan hanya lagu tentang cinta, tetapi lagu yang dapat beri impak yang positif.” 

Untuk info, Diddy merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat bersama Faizal, Lotter, Haziq, Riich, Hazama, Salima, Farhan dan Leez. 

Diddy mempunyai Diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, dan ijazah dalam bidang Komunikasi di Universiti Utara Malaysia.  

Dr Diddy kemudian menyambung pengajian Ijazah Sarjana dan PhD di University Liverpool, di United Kingdom (UK). Tahniah diucapkan.