Awal Ashaari didakwa di mahkamah atas pertuduhan khianat, telah diikat jamin

1,388 views

Pengacara terkenal tanah air iaitu Awal Ashaari telah didakwa pada hari ini di Mahkamah Majistrei di Petaling Jaya.

Awal kemudian telah mengaku tak bersalah terhadap pertuduhan yang mana dia didakwa melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.

Pertuduhan berkenaan di baca terhadap Awal Ashaari di depan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Dari pembacaan pertuduhan, pengacar berumur 42 tahun ini didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah pondok pengawal di Challis Damansara pada tarikh 16 April lepas.

Alamat Challis Damansara ialah di Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara. Kerosakkan akibat perbuatan Awal Ashaari itu telah membuatkan pihak management berkenaan kerugian dianggarkan RM600.

Dari Seksyen 427 Kanun Keseksaan ianya ialah tentang perbuatan melakukan khianat dan jika disabitkan kesalahan ianya telah memperuntukkan hukuman penjara tak kurang dari setahun dan tak lebih lebih daripada lima tahun ataupun dikenakan denda, atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain membuat tawaran untuk ikat jamin sebanyak RM5ribu dengan seorang penjamin.

Namun, pihak peguam bela, Datuk Reza Hassan yang mewakili Awal Ashaari meminta wang jaminan untuk dikurangkan menjadi RM3ribu atas alasan bahawa anak guamnya menerima pendapatan menjadi pengacara yang tak konsisten. Selain itu Awal Ashaari juga menyara isteri dan dua anak serta menanggung ibu bapanya yang sudah berusia.

Pihak mahkamah kemudian telah menetapkan wang jaminan sebanyak RM2ribu dan sebutan semual kes pada 15 Julai.

Dri Ig story Awal Ashaari, pengacara ini ada muatnaik lampiran mengatakan pihak management tidak boleh untuk menghalang acces ke rumah. Ini luahan Awal.

Itu saja tentang kes melibatkan Awal Ashaari ini. Tiada lagi kenyataan lanjut dari Awal Ashaari tentang kes ini.