Perkahwinan 19 tahun Azri Iskandar dan Ellie Suriaty akhirnya berakhir

8,124 views

Nampaknya kisah dan hubungan antara dua selebriti iaitu Azri Iskandar dan isteri Ellie Suriaty Omar telah berakhir.

Perkahwinan mahligai yang dibina kini sudah runtuh dan iktaan suami isteri antara mereka berdua dah pun terlerai.

Azri Iskandar dan Ellie Suriaty disahkan sudah berpisah setelah lafaz dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada hari ini, hari Selasa.

Dari komen Ellie Suriaty, keputusan dari mereka berdua yang memilih untuk berpisah itu berlaku kerana dia dan Azri sudah tak ada lagi persefahaman. Ini komennya kepada portal Getaran.

“Ini merupakan satu keputusan yang amat sukar untuk saya lakukan. Tetapi, saya dah pun fikir dengan masak-masak dan akhirnya, ianya kena dan perlu dilakukan.”

“Saya mahu memberi ucapan terima kasih kepada Azri untuk semua saat serta momen yang indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai pasangan suami isteri.”

“Azri ni merupakan seorang bapa yang amat baik dan dia cukup sayang semua anak-anaknya.”

“Namun saya rasa sudah tertulis bahawa jodoh kami berdua ini sampai di sini saja. Saya mengharapkan agar orang ramai di luar sana akan dapat mendoakan hanya hal yang terbaik untuk kami berdua.”

Selepas 19 tahun berkahwin akhirnya kedua mereka memilih untuk jalani kehidupan, perjalananan serta haluan masing-masing.

Ellie Suriati telah menfailkan permohonan untuk berpisah sebelum bulan Ramadhan yang lepas.

Azri Iskandar, 54 tahun, dan Ellie Suriaty, 52 tahun, berkahwin dan bergelar sebagai suami isteri pada tahun 2003.

Selama 19 tahun bergelar pasangan suami isteri, mereka mempunyai seramai dua orang cahaya mata.

Azri Iskandar dan Ellie Suriaty terkenal sebagai pelakon hebat yang amat berkebolehan dan kedua-dua mereka ini memang akan dapat menjiwai sebarang watak dengan begitu baik.