Kecoh juga apabila pengacara Awal Ashaari sampai kena dakwa di mahkamah semalam.
Ramai yang nak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Dari kes pendakwaan Awal Ashaari dikatakan telah merosakkan pagar di kawasan sekitar rumahnya dan pihak management alami kerugian RM600.
Akhirnya malam tadi, Awal Ashaari tampil membuat satu video khas untuk bercerita kejadian sebenarnya yang terjadi.
Bagi Awal Ashaari ini satu masalah yang terlalu kecil saja dan ianya salah faham dengan pihak management kediamannya.
Awal Ashaari dan family dah pindah rumah baru, dan kejadian ini berlaku di kediaman lamanya. Awal berkata kisahnya bermula apabila dia tak diberi jalan untuk masuk ke kediamannya kerana tak bayar yuran pengurusan.
“Perkataan saya buat pengkhianatan nampak keras tetapi itu merupakan nama akta. Kisahnya macam ni, tiga bulan sebelum raya saya dan family dah pindah rumah baru, tapi belum pindah secara sepenuhnya. Masih ada lagi barang lama saya kat rumah lama ni.”
“Sebelum raya saya pun datang semula ke rumah lama ni, nak ambil barang namun kad akses tak boleh guna. Saya tanya management dorang cakap saya tak bayar yuran selenggara atau maitainece selama beberapa bulan.”
“Saya kata saya faham, tapi bagi saya masuk sebab nak ambil barang. Pihak pengurusan kata tak boleh dan kena selesaikan dulu yuran tu.”
“Sudah 14, 15 tahun saya beli dan tinggal kat rumah lama ni, tak pernah timbul cerita pun saya tak bayar yuran, tapi maybe saya lambat bayar sebab saya sibuk. Saya pun dah pindah rumah baru jadi, mungkin saya terlupa bayar, apapun ini tetap rumah saya.”
Jelas Awal Ashaari lagi, tentang palang gate itu, dia bukannya rosakkan atau melanggar gate itu pun, dia hanya alihkan pagar duna tangan saja.
“Mereka ni tak ada tolak ansur. Saya beritahu dah kalau tak beri kebenaran masuk, saya tetap akan masuk sendiri. Kemudian saya pun alih sedikit pagar guna tangan saya, saya tolak pagar tu, bukannya saya langgar pagar gate tu.”
“Saya turun dari kereta dan alihkan palang gate, lepas tu saya masuk dan kemudian tutup semula menggunakan tangan saya. Itu tindakan saya.”
Awal Ashaari akui dia ada kesilapan juga sebab tak bayar yuran berkenaan tetapi tetap rasa tak patut kerana itu adalah rumahnya. Yuran berkenaan sekitar RM600 lebih sebulan.
“Ada kekhilafan dari saya juga sebab tak bayar yuran management tetapi saya kan memang duduk situ, itu yang buat saya terkilan. Setelah saya dah masuk, barulah pihak management tu buat report polis, sebab saya masuk rumah sendiri, rasa nak gelak pun ada, nak menangis pun ada.”
Jelas Awal lagi, semua property di common area termasuklah pagar dan gate itu merupakan kepunyaan bersama pihak penghuni kediaman berkenaan.
“Property di situ dan di kawasan common area tu semuanya secara teknikal boleh dikatakan dimiliki oleh penghuni. Secara teknikal pagar yang saya buka itu pun saya punya sendiri.”
Awal Ashaari kemudian mengesahkan dia dah pun bayar semua yuran yang tertunggak dan buat advance payment samapai ke hujung tahun.
Ini video penuh:
Itulah kenyataan serta kejadian sebenarnya yang terjadi kepada Awal Ashaari di pondok pengawal Challis Damansara, Sunway Damansara.