Hamzah, anak Hidayah dan arwah Abam, kena buatan orang sampai sistem saraf dah rosak

7,335 views

Sebelum ini Hidayah, balu kepada arwah Abam Bochey ada meluahkan perasaan bahawa dirinya dan anak telah terkena buatan orang. 

Hidayam telah memohon bantuan kepada sesiapa saja yang boleh memulihkan dirinya dan juga anaknya iaitu Syed Uthman Hamzah. 

Kali ini abang kepada Hidayah iaitu Mohd Azmier pula tampil menceritakan keadaan anak buahnya bernama Hamzah itu. 

Menerusi satu posting, abang Hidayah berkata, anak buahnya itu sehingga mengalami masalah di bahagian tangan dan juga sistem urat saraf sudah rosak. 

Azmier begitu sedih melihat keadaan anak buahnya itu. 

“Macam mana saya tak sedih tengok keadaan anak buah saya, biasa tangan kanan sihat sekarang nak makan pun pegang sudu akan terjatuh. Sampai hilang selera saya tengok keadaan anak buah tersayang ni.” 

“Sanggup kau buat anak buah saya macam ni, sabar ye sayang, saya akan usahakan untuk menyihatkan semula agar boleh menulis dan melukis macam biasa.” 

“Semoga orang yang hantar ni akan terima balasan dari Illahi.” 

Azmier yang menggunakan nama Ayah Jang berkata, semuanya bermula setelah pemergian arwah Abam Bochey. 

Seringkali keluar masuk hospital, doktor pun tak pasti apa penyakitnya. 

“Banyak penderitaan kau dah lakukan pada anak buah saya, ianya sejak ayah dia meninggal dunia.” 

“Dari dia masih baby kau dah hantar sihir dan mengganggu dia setiap malam sampai dia tak lena tidur, dia asyik menangis.” 

“Sampaikan dia dah besar sikit ni pun kau masih sanggup lagi hantar, kini Hsmzah asyik keluar masuk hospital.”  

“Doktor pun tak dapat pasti apa punca serta masalah yang Hamzah alami ini.”  

“Apa yang Hamzah dah buat pada kau, apa salah dia. Sanggup kau buat dia seperti ni, saya tak sanggup tengok keadaan anak buah saya ni.” 

“Kau hantar lagi sihir sampai dah merosakkan sistem urat saraf dalaman anak buah saya. Ni memang dah tak boleh tahan.” 

“Buat pada budak sampai nyawa ikan, mulut dia berbuih, kau memang tak ada telor. Budak bukan lawan kau, buat pada saya.” 

Tanpa menyebut nama, abang kepada Hidayah berharap agar Tuhan akan tunjuk siapa yang lakukannya.