“Ayah kerja keras, mula dari bawah. Dia pernah susah dulu” Dafi

3,513 views

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru, PM ke Sembilan. Antara yang viral setelah pelantikan PM yang baru ini ialah anaknya iaitu penyanyi dari Akademi Fantasia, Dafi.

Setelah namanya jadi trending, Dafi tampil memberi komen tentang pelantikkan ayahnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan.

Dafi berharap bapanya akan menggalas tugas yang diberi dengan baik dan percaya pengalaman ayahnya akan diguna sebaiknya.

“Saya tumpang gembira di atas pengumuman ayah sebagai PM. Saya harap ayah akan buat tugasnya dengan baik, buat apa yang betul dan guna semua pengalamannya sepanjang berada di bidang politik.”

Walaupun bergelar anak kepada Perdana Menteri Malaysia, namun Dafi berkata dia hanya akan jadi diri sendiri saja.

“Ketika berita nama ayah disebut-sebut sebagai Perdana Menteri, saya memang ada terfikir beberapa perkara, namun akhirnya saya tak risau sangat. Saya amat bersyukur kerana saya bekerja dalam bidang hiburan pun, saya ada tanggungjawab sosial yang saya kena jaga.”

“Oleh itu, saya tak perlu tukar apa-apa pun. Saya akan hanya jadi diri saya sendiri dan sebolehnya mahu ke arah yang lebih baik. Ibu bapa saya dah bagi didikan yang cukup kat saya.”

Jelas Dafi, ayahnya itu berusaha keras dari bawah dan kini berada dipuncak kerjayanya.

“Saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia, sudah tentu jika ada pemimpin baru, kita nak beliau buat yang terbaik dan saya yakin ayah akan buat sebaik mungkin.”

“Secara peribadi, saya tengok ayah seorang yang kuat bekerja, kerja keras. Kejayaan beliau adalah hasil kerja kuatnya dari bawah. Saya dan family tahu dia seorang bapa yang paling baik.”

“Begitu juga sebagai seorang pemimpin. Dia mahu terbaik untuk seluruh rakyat. Dia pernah hidup susah dulu oleh itu dia tak mahu tengok orang lain susah.”

Dafi juga akur sekiranya ada pihak yang kurang gembira atau tak berapa suka dengan dia dan juga hal berkenaan ayahnya.

“Saya memang dah sedia. Hidup ini bukan semua orang suka kita. Apa saja komen, saya akan terima dengan baik. Semua orang ada pendapat yang tersendiri. Saya kena positif.”