“Saya pernah cuba kenali wanita lain, Ezza paling serasi, dan amat setia” Remy Ishak

11,425 views

Berita tentang Remy Ishak akan akhiri zaman bujang pada umur 40 tahun, hari Sabtu, esok sudah pun diketahui umum.

Remy mengesahkan hal ini yang mana dia akan nikahi wanita yang sudah lapan tahun dikenalinya iaitu Ezza Yusof.

Mereka berdua pernah bertunang pada tahun 2017, namun hubungan mereka berkahir pada tahun 2019.

Ketika itu, Remy akui ada cuba kenali hati wanita lain, namun ternyata hanya Ezza Yusof yang serasi dengannya. Malah Ezza juga setia dengan dirinya.

Hubungan antara Remy dan Ezza kembali terjalin dan kini mereka akan disatukan sebagai suami isteri pada pagi Sabtu.

Saya ni perlukan seorang yang faham dan kenal diri saya. Bukan kenal saya sebagai Remy Ishak tapi sebagai Zalimie Ishak. Sepanjang kenal Ezza, ada pahit dan manis. Banyk yang berlaku dalam hubungan kami.

Memang susah nak kenal dengan saya. Setelah kami putus tunang dulu, saya cuba juga berkenalan dengan wanita lain, namun semuanya tak boleh pergi jauh.

Saya nampak Ezza ni merupakan seorang wanita yang setia. Dia sentiasa ada di sisi ketika jatuh dan bangun, suka serta duka. Lapan tahun kami mengenali antara satu sama lain, kini saya yakin, dialah wanita yang tepat. She is the one.

Bagi Remy, Ezza seorang yang amat istimewa buatnya. “Saya dah sedia untuk bergelar suami mithali. Kalau boleh, benda yang bagus-bagus tentang Ezza biar saya seorang yang simpan, jika cakap lebih, takut kena curi nanti, Ezza seorang yang istimewa. Baik buruk dia, biar saya seorang saja yang tahu.

Remy akui, lahir dari keluarga yang mana ibu bapa sudah berpisah, ianya da memberi impak kepadanya, untuk mendirikan rumah tangga.

Saya lahir dari family yang tak sempurna. Ibu bapa saya berpisah kerana itulah perpisahan merupakan satu hal yang saya tak nak terjadi dalam perkahwinan saya.

Kita cakap tentang hubungan yang dibina sampai ke ke syurga. Bukan hanya soal serasi dan kerjaya saja. Walau di awalnya saya ada rasa bimbang ingtakna dia tak faham saya terutama sebagai seorang pelakon, namun semakin matang, lihat dia semakin faham.

Ezza juga tak tengok saya sebagai seorang pelakon yang glamour, dia manusia saya manusia, tak perlu layan macam VIP. Oleh itu bila bersama Ezza, dia buat saya berpijak di bumi yang nyata.

Adanya perintah kawalan pergerakkan telah menyebabkan rancangan pernikahan antara Remy Ishak dan Ezza Yusof beberapa kali tertangguh.

Banyak kali tangguh sebab PKP, akhirnya kami dapat tarikh 21 Ogos. Mulanya nikah di Pejabat Agama, namun di saat akhir, diberitahu boleh nikah di masjid dengan hadirin yang terhad saja. Syukur alhamdulillah, semua dipermudahkan.