“Untuk ada 3 anak dalam 5 tahun, ianya tak mungkin berlaku, dunia tak stabil” Remy Ishak

8,270 views

Lapan tahun jalin huibungan, walau ada naik dan turun, akhirnya Zalimie Ishak atau Remy dan Roszaliza Yusof atau Ezza selamat bergelar pasangan suami isteri.

Dengan sekali lafaz, Remy dan Ezza telahpun ijabkabul oleh abang Ezza, Rozman Yusof, di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada tarikh 21 Ogos.

Majlis pernikahan mereka dibuat mengikut SOP yang amat ketat.

Untuk mas kahwin, Ezza Yusof menerima sebentuk cincin daripada Remy. Tiada info lanjjut tentang perkara lain seperti hantaran dan sebagainya. Majlis pun berlangsung dengan sederhana, kerana SOP.

Selepas selesai urusan nikah, kedua mereka menemui pihak media secara dalam talian, online dan ditanya beberapa soalan.

Menjawab pertanyaa para wartawan, pasangan ini berharap perkahwinan antara mereka akan mendapat keberkatan.

“Syukur alhamdulillah majlis pernikahan kami amat lancar. Dah mula perjalanan baru untuk kami bergelar sebagai suami isteri. Harapnya perniakahn ini akan jadi ikatakan abadi.”

Kemudian apabila ditanaya tentang soalan cepumas iaitu tentang perancangan anak atau zuriat, Remy berkata dia tak mahu terburu-buru sebaliknya mahu berehat terlebih dulu.

“Kami tak ada nak tergesa-gesa tentang zuriat. Ketika ini, dunia masih belum stabil. Ekonomi pun tidak berada dalam keadaan stabil. Semuanya seperti berada dalam keadaan yang ketikdakpastian.”

“Untuk dua tahun pertama perkahwinan, kita relax terlebih dulu. Jika ada rezeki, adalah anak. Bak kata orang, tak ada keperluan nak terlalu memikirkannya. kalau Allah bagi Alhamdulillah. Namun untuk ada 3 orang anak untuk temph 5 tahun ini, tak mungkin berlaku.”

Seperti pasangan lain, Remy Ishak mengatakan dia akan buat majlis perkahwinan sekiranya semua keadaan dan okey dan majlis dibenarkan dibuat.

Untuk Info, Remy Ishak, 39 tahun dan Ezza Yusof 38 tahun pernah bertunang pada tahun 2017 namun berakhir pada tahun 2019. Sekitar tahun 2020, hubungan mereka kembali bertaut dan kali ini hubungan menjadi sah dengan ikatan pernikahan.