“Suasana penuh hiba, sayu” Ini foto ketika pengebumian Nur Farah Kartini

1,758 views

Sekitar jam 5 petang semalam, jenazah Nur Farah Kartini telah pun selamat disemadikan dan dikebumikan. 

Jenazah gadis berumur 25 tahun itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Bentan, Pekan, Pahang. 

Sekitar jam 4.50 petang, van yang membawa jenazah selamat tiba di tanah perkuburan selepas dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Selangor. 

Van bertolak sekitar jam 2 petang dari Selangor, diiringi pihak polis dan juga ahli keluarga. 

Pengebumian itu dihadiri ahli keluarganya, rakan-rakan dan juga penduduk kampung. Dianggarkan seramai seratus orang yang hadir ke tanah perkuburan berkenaan. 

Farah dikebumikan di Pekan, Pahang kerana Kampung Nyiur Manis merupakan kampung kakak iparnya, isteri kepada abang Farah iaitu Mohd Farriza. 

Pengebumian berlangsung dengan lancar diselimuti suasana penuh hibu dan kesayuan. 

KESEDIHAN SEORANG IBU KEHILANGAN ANAK

Sudah tentu ahli keluarga terutama ibu kepada Farah Kartini kelihatan sugul apatah lagi melihat anak sendiri disemadikan. 

Ibu kepada Nur Farah Kartini

RAKAN TERDUDUK TAK TAHAN SEDIH

Turut kelihatan sebak dan tak dapat menahan kesedihan ialah rakan-rakan kepada arwah Farah Kartini. 

Kelihatan rakan yang rapat dengan Farah terduduk dan mengalirkan air matanya semasa pengebumian berkenaan. 

FOTO SEKITAR PENGEBUMIAN FARAH KARTINI

Ini beberapa lagi foto sekitar majlis pengebumian Farah Kartini. 

Abang kepada Farah iaitu Farizza, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memudahkan urusan pengebumian adiknya itu. 

Sedikit imbasan kes, Farah dilaporkan hilang sejak 10 Julai yang lalu setelah keluar menghantar kereta sewa di awal pagi. 

Kehilangan Farah akhirnya terjawab apabila jasadnya ditemui sudah tidak lagi bernyawa. 

Jasadnya ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor. 

Suspek kes ini merupakan seorang lelaki, anggota polis berumur 26 tahun yang juga merupakan kenalan kepada Farah dan kini telah ditahan dan direman sehingga 22 Julai depan.  

Sama-sama kita doakan kepada Nur Farah Kartini ditempatkan dikalangan orang yang beriman, amin.