“Saya akan cari dan saman, jangan usik menantu saya” Sheila Rusly

207,612 views

Sheila Rusly memberi amaran kepada mereka di luar sana yang membuat cerita yang tak benar ke atas keluarganya termasuk kisah anaknya Uzair Haqimy yang baru mendirikan rumah tangga dengan Elisya Sandha.

Ini gara-gara ada pihak yang menulis mengaitkan anak lelakinya, Uzair dengan pelakon Janna Nick. Sheila ternyata berang kerana isu ini sekali lagi dinaikkan oleh beberapa pihak.

“Kepada semua blog atau portal, saya akan korek segalanya dan akan ambil tindakan undang-undang, hantar surat saman. Saya dah tak peduli.”

“Saya memang naik angin kerana ianya tak benar sama sekali. Kalau isu yang melibatkan family saya, saya tak boleh nak duduk diam saja. Jangan ambil peluang untuk buat cerita demi lariskan berita.”

“Perkara berkenaan (hubungan antara Uzair dan Janna Nick) tak pernah terjadi pun. Uzair kenal Elisya sejak di bangku sekolah lagi.”

Sheila juga tak tahu macam mana cerita ini boleh tersebar sedangkan tiada yang bercakap tentang isu ini.

“Saya memang tak faham. Saya jaga aib dia (Janna Nick). Sebab itulah saya tak nak cakap apa-apa. Perbalahan antara saya dan Janna memang saya tak akan cerita demi jaga aib dia. Namun jangan kerana saya tak nak cerita, tiba-tiba timbul pula cerita yang tak betul.”

Sheila amat sayang dengan menantunya itu dan berkata janagn sesiapa pun cuba nak kacau Elisya Sandha.

“Janganlah cuba nak usik menantu saya. Saya sayang Elisya. Minta jangan tulis kisah yang tak benar dan boleh mengguris hati menantu saya.”

“Sekiranya menantu saya sedih, suaminya pun bersedih dan saya pun akan sedih. Jangan berani nak buat sedemikian.”

Sheila Rusly menegaskan dia tak pernah sekalipun cuba menjodohkan anaknya dengan sesiapa pun. Namun dia melihat jodoh anaknya dengan Elisya amat kuat dan merestui hubungan mereka. Itulah kenyataan dari Sheila Rusly kepada portal hiburan Kosmo Online.