Prof Madya Dr Soo Wincci antara selebriti yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi.
Penyanyi yang juag bekas peserta Masterchef Malaysia ini telah muatnaik foto gambar jarinya selepas habis saja selesai mengundi di kawasannya.
Namun apa yang menarik perhatian ialah jarinya yang dicelup dakwat kelihatan agak banyak.
Selebriti yang kini menjadi tenaga pengajar itu mendapat banyak komen bertanya apa yang terjadi dan ada yang bergurau adakah dia cuba celup seluruh jari dalam tempat dakwat yang disediakan.
Ada juga netizen yang bertanya sama ada dia pakai inai di jari.
Ini gambar jari Soo Wincci selepas mengundi.
Akhirnya Soo Wincci, 37 tahun, tampil memberi penjelasan apa yang terjadi kepada jarinya.
“Saya tak ada pun berinai. Saya hanya cuai saja.”
Kecuaian yang dimaksudkan oleh Soo Wincci ialah dia cuba mengelap jarinay itu dengan sanitizer sebaik saja mencelup jari dengan dakwat.
“Inilah akibatnya yang berlaku apabila dakwat cat belum kering dan dengan kurang bijaknya saya pergi lap dengan sanitizer.”
“Saya bersumpah saya tak ada pun nak celup satu tanggan ya.”
Menerusi satu lagi entry dia akui berlaku sedikit kesilapan semasa pergi mengundi.
“Bodohnya saya tadi, saya dah celup jari saya dan kemudian saya letak thumbprint kat kotak undi, lepas itu baru sedar saya bukan ada di kastam, so saya pun wipe off, dan terus saja pangkah, tapi saya boleh lupa pula dakwat cat itu belum kering, jadi seluruh tangan saya jadi begitu.”
Itulah yang terjadi kepada jari Soo Wincci sampai habis kebiruan jadinya.
Sudah tentu apa yang berlaku kepada Dr Soo Wincci ini dah banyak terjadi kepada ramai pengundi di luar sana, maklumlah mengundi ni beberapa tahun sekali dah tentu akan lupa tentang procedure nya.