Dah belasan tahun Waheeda Wassini menghilang diri, ini sebabnya

2,268 views

Lagunya pernah menjadi fenomena satu masa dulu. Sehingga kini kalau dengar liriknya, ianya bagaikan satu trademark yang ramai ketahui. 

Sebut saja lirik wassini, sudah tentu ingat akan lagu berjudul Wassini, hasil nyanyian dari penyanyi bertudung litup bernama Waheeda, yang kini berumur 44 tahun. 

Sehingga ada yang memanggilnya dengan nama, Waheeda Wassini. 

Untuk yang tak tahu, wassini ini bermaksud nasihatilah aku. 

Lagu yang sangat syahdu ini telah mengangkat muzik dengan tema irama padang pasir, lagu arab. 

Terkenal sekitar bermula tahun 2002, lagu ini pernah bertanding di pentas AJL pada tahun 2003. 

Pada tahun 2009, Waheeda telah berkahwin dengan penyanyi yang juga pendakwah iaitu Akhil Hayy, dan kini Waheeda sudah tidak aktif sebagai penyanyi. 

Melalui laporan dari Melodi, wartawan telah menemubual Waheeda dan bertanya kemanakah penyanyi ini menghilangkan diri selama belasan tahun lamanya. 

RAMAI YANG RINDU WAHEEDA WASSINI. 

Ditanya tentang ramai yang merinduinya dalam industri, ini jawapan dari Waheeda. 

“Syukur alhamdulillah, saya amat bersyukur. Kadangkala orang yang merindui ini bukan kenal secara personal pun, tapi ini rezeki dari Allah.” 

“Siapa yang merindui, sesiapa yang menyayangi, korang semua memang disayangi.” 

Ditanya pula, kini dah belasan tahun menghilang, apa yang dilakukan olehnya, ini jawapan dari Waheeda. 

“Mostly, memang fokus pada family. Ianya seiring, lepas kahwin, lepas tu ada anak-anak kan.” 

“Keluarga tu satu hal, satu lagi memang saya mahu faham tentang kitab suci Quran. Dalam masa lebih kurang 10 tahun tu, saya lebih agresif untuk faham Quran.” 

“Selepas 10 tahun, bila anak-anak dah besar, barulah saya fikir haluan saya, dan untuk muzik baru mahu kembali.” 

“Bercakap tentang kalau saya rindu industri, bagi saya, ianya lebih kepada rindui kawan-kawan saya.” 

BELASAN TAHUN MENGHILANG, KENAPA, ADAKAH SEBAB SUAMI? 

Ditanya adakah kerana Akhill Hayy menjadi punca Waheeda sudah tak aktif sebagai penyanyi, ini jawapan darinya. 

“Kesian suami saya, kena tuduh macam-macam. Saya berehat seketika. Puncanya lebih kerana nak mencari ilmu, mengenal Al Quran.” 

“Sebenarnya, dah berhenti menyanyi tu sebelum kahwin lagi. Saya kata, saya mesti kena stop, kemudian tak lama lepas tu saya terus berkahwin.” 

“Suami saya dia kata, saya tak pernah nak menghalang dang mengongkong. Kalau bab muzik ni dia tahu itu memang minat saya.” 

“Kami memang membesar dengan muzik, jadi pada dia kalau mahu, teruskan. Alhamdulillah sampailah ke hari ini.” 

KOMEN AKHILL HAYY PULA. 

Pihak Melodi juga bertanya kepada Akhil Hayy tentang isterinya Waheeda, dan beliau akui apa yang diperkatakan oleh Waheeda. 

“Saya sebagai penjaga iaitu suaminya, dah tentu saya hanya mengawal saja. Supaya nanti disoal siasat dan dipertanggungjawabkan di mahsyar kelak. Beliau berhijrah dan berhenti menyanyi tu atas dasar hukum, alhamdulillah. Tak ada isu pun.” 

“Apa yang saya nampak tu, beliau memang berhijrah kerana Allah.” 

“Tak tahulah jika saya dah tak ada satu hari nanti, jikalau dia nak kembali, itu adalah hak dia.” 

Waheeda mengakhiri temubual dengan berterima kasih kepada para peminatnay yang masih ada, dan mendoakan agar mereka sentiasa diselebungi dengan rasa kasih sayang dari Illahi.