Azri Iskandar masih keliru, akui tak menolak rujuk semula dengan Ellie Suriaty

3,528 views

Baru beberapa berpisah dengan bekas isterinya Ellie Suriaty, pelakon dan pengarah Azri Iskandar akui kini sukar untuk sesuaikan dirinya.

Masih baru bergelar duda dan kembali hidup solo, Azri Iskandar mengatakan ini satu dugaan yang terlau berat buat dirinya.

Sudah 19 tahun hidup bersama sama, sudah tentu ini perubahan yang amat mendadak buat Azri Iskandar.

Ini komen Azri kepada portal Mstar.

“Saya kini memang reda dengan takdir yang dah pun tertulis. Sekarang saya masih rasa lain dan dalam keadaan yang amat keliru, tertanya-tanya betul ke dah berpisah ni, baru nak sesuaikan diri.”

“Memang kena terima hakikat bahawa saya dah single. Saya pun tak tahu perasaan saya ni macam mana.”

Menerusi kenyataan Azri, dia tak menolak untuk rujuk semula dengan Ellie Suriaty.

“Jikalau satu hari nanti kami berbaik semula dan nak rujuk semula, tiada sesiapa pun yang akan halang kecuali lah jika kami dah berkahwin lain.”

Ketika ini Azri Iskandar masih anggap Ellie sebagai rakan apatah lagi menghargainya kerana menjaga terutama ketika kecewa setelah digugurkan dari filem Laftenan Adnan pada tahun 2000.

“Hubungan kami baik, saya anggap Ellie sebagai kawan baik kan dia pun ibu kepada anak kami. Ellie merupakan individu yang banyak berjasa dalam hidup saya.”

“Semasa saya kemurungan teruk sebab kena pecat dari filem Leftenan Adnan dulu, dia yang menjaga saya.”

Tentang kehidupan mereka ketika ini, Ellie dah pindah ke rumah yang dekat untuk mudah mereka jaga anak.

“Dia pindah di kawasan berdekatan juga. Anak bongsu tinggal dengan dia manakala duduk dengan anak lelaki. Kalau mereka rindu, mereka akan ulang alik saja.”

Itulah perkembangan terkini dan luahan hati Azri Iskandar tentang kisah perpisahannya dengan Ellie Suriaty.