“Saya tengok dengan mata saya sendiri, memang itu keadaan Ustaz Kazim” Mawi

3,309 views

Pengarah dan penerbit Mawi akhirnya tampil membuat kenyataan tentang keadaan pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias.

Walaupun sedang menjalankan penggambaran filem berdasarkan Ustaz Kazim Elias berjudul Zim Zim Ala Kazim, Mawi mendedahkan memang betul Ustaz Kazim kena benda yang misteri itu.

Bekas juara Akademi Fantasia ini nafi ianya satu cara untuk dapatkan perhatian filemnya semata-mata.

Gambar kulit tangan itu merupakan keadaan fizikal Ustaz Kazim Elias tetapi ada sdikit penambahan yang mana ianya ditambah secara solekan sedikit.

Malahan kulitnya itu secara tiba-tiba mengeluarkan cecaridarah ketika sedang jalani penggambaran. Ini komen Mawi kepada portal Mstar tentang isu ini.

“Ustaz Kazim memang dah lama tak berapa sihat tetapi dia tetap kuatkan semangat untuk teruskan penggambaran filem ini. Ada yang kata Ustaz saja buat gimik untuk filem ini.”

“Dia memang betul tengah sakit dan gambar yang dia tayang itu memang keadaan dirinya yang benar. Cumanya pihak kami ada solek sikit untuk filem ini.”

“Sebenarnya satu badan Ustaz Kazim jadi macam itu. Dia pernah tunjuk dekat saya cecairdarah keluar dari kulit dia tu.”

Mawi bercerita lagi, ustaz Kazim pernah hilang keyakinan untuk jumpa orang sebab keadaannya itu.

“Semasa awal penggambaran, ustaz Kazim pun hilang keyakinan rasa rendah diri. Dia ada rasamalu nak jumpa ornag. Saya selalu duduk dengan dia dan beri semangat.”

“Syukur alhamdulillah dia bangkit. Dan sungguhpun dia kelihatan lemah namun namoak tetap bersemangat.”

Mawi turut memberitahu, sakitnya itu itu akan menjadi setiap kali nak jalani penggambaran.

“Yang saya hairan, bila nak mula saja penggambaran, penyakit tu datang. Ustaz juga ada cakap setiap kali nak muncul di TV, mesti benda itu datang.”

Untuk info, Mawi dan ustaz Kazim Elias bersama team produksi kini berada di Perak untuk buat filem berdasarkan kisah Ustaz Kazim Elias itu yang turut dilakonkan oleh Mawi, Along Cham, Zarina Anjoulie, Syanie dan ramai lagi.