“Padanlah rezeki dia murah” Sikap terpuji Johan Raja Lawak, sampai berhenti tepi jalan

1,457 views

Seorang pengguna Facebook telah bertindak mendedahkan satu perbuatan yang amat murni dari pelawak dan penyampai radio terkenal tanah air iaitu Johan Raja Lawak.

Melalui akaun Nor Akmar Qaseh, wanita ini dan keluarganya telah tersidai di tepi jalan akibat kereta yang dianiki telah rosak.

Tidak disangka individu yang membantu dia dan kelaurganya ialah Johan.

Jelas Nor Akmar lagi, kereta yang dipandu suaminya alami kerosakkan secara tiba-tiba dan bonet kereta juag terbuka ketika itu.

Johan yang melalui jalan berkenaan dan melihat kereta tersebut telah berhenti dan bertanya jika ada sebarang bantuan diperlukan.

“Kami masa ni baru saja nak balik dari Chow Kit, dan kereta kami dah breakdown tepi jalan. Dengan tiba-tiba telah berhenti satu kereta putih sebelah kami.”

“Orang tu terus tanya pada suami kenapa? Apa terjadi. Encik suami masa ni tercengang sekejap.Tak sangka yang bertanya tu ialah pelawak Johan Raja Lawak.”

Setelah suami Nor Akmar hanya tercengan sebab nampak Johan, pelawak berkenaan tanya lagi dan setelah memastikan semuanya okey, Johan pula memberi duit raya pada anak-anaknya.

“Kemudian Johan terus tanya lagi nak saya bantu apa tak. Dan suami saya yang terkejut tu cakap, tak ada apa-apa semua okey.”

“Lalu Johan tanya lagi ada berapa orang anak dalam kereta dan terus meluru dalam kereta. nampak dia tiba depan mata. Betul orang kata, Johan ni memang baik hati. Sebab itu rezeki dia memang murah.”

Itulah kisah betapa bagusnya Johan Raja Lawak ni, sampai sanggup stop kejap dan mahu beri bantuan kepada orang lain yang dia pun tak kenal. Siap pemurah hati lagi tu, berikan duit raya kepada anak dalam kereta.

Tahniah kepada Johan Raja Lawak di atas sikap murni yang patut jadi teladan ini.