Azwan Ali cerita apa yang Issey Fazlisham terus buat setelah tahu dia digugurkan

14,382 views

Pengacara Azwan Ali atau Diva AA telah bercerita sedikit tentang bekas rakan pengacara dalam rancangan Mic On musim kedua iaitu Issey Fazlisham.

Menerusi satu laporan dari Murai, rupanya Azwan Ali sebak bila bercakap tentang Issey.

Jelas Azwan Ali, dia ada dapat call dari Issey sebaik saja tahu apa yang terjadi kepada Azwan Ali.

Azwan Ali terharu dan sebak dengan tindakan Issey dan mengatakan issey ni seorang pengacara dan individu yang amat baik.

“Issey ada call saya dan saya pun ada cakap serta turut doakan dia untuk terus success. Dia ada cakap agak sedih namun saya percaya dia akan dapat lakukannya. Saya hormati Issey ni sebab dia memang pengcara serta hos yang amat baik sekali.”

Apa yang dilaporkan, Azwan ada mengatakan bahawa Issey terkejut dan sedih setelah dapat tahu tentag Azwan Ali telah digugurkan.

“Dia memang budak yang baik dan ada potensi untuk bergelar sebagai pengacara yang hebat. Saya bangga dapat kerja dengan dia dan dia juga mendengar segala tunjuk ajar yang saya berikan kepadanya. Kami akan rindu untuk bergandingan bersama.”

“Memang susah nak dapat bakat baru yang dengar kata macam Issey ni. Harap dia akan berjaya dan dapat bersinar.”

Diva AA ternyata sebak bila bercakap tentang Issey Fazlisham.

“Saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang sentias sokong saya dan Issey. Memang dari maklumbalas, gandingan kami ini baik saja. Saya hanya akan kenang memory semasa mengacara bersama Issey.”

Itulah komen dari Azwan Ali tentang Issey fazlisham yang merupakan rakan gandingannya ketika dalam rancangan Mi On. Untuk info, Azwan Ali telah diumumkan digugurkan serta merta oleh pihak penerbit iaitu Awesome TV.