“Keadaan dia 50/50” Isteri sahkan, Ali XPDC ditidurkan

7,716 views

Penyanyi Ali XPDC kini disahkan telah ditiduroleh oleh pihak pakar perubatan pada hari ini. Hal ini disahkan sendiri oleh isterinya, Sharifah Syarzana.

Keputusan Ali ditidurkan dibuat oleh pihak doktor, setelah didapati tidak dapat bernafas dengan baik.

Jelas isteri Ali lagi, keadaannya hanya 50 oerastus saja, dan dia meminta rakan-rakan bersolat hajat, mendoakan serta baca Yassin bersama-sama.

Ini kenyataan dari isteri Ali: “Boleh dikatakan, keadaannya 50 -50 sekarang ni. Minta sama-sama diadakan bacaan surah Yassin. ketika ini, hanya saya seorang yang menemaninya di hospital.

Dalam pada itu, satu kenyataan telah dibuat oleh mereka yang terdekat dengan Ali XPDC, melalui pihak Sahabat XPDC.

Ini keadaan yang berlaku kepada Ali XPDC.

“Salam semua, ini keadaan terkini saudara Ali XPDC sehingga jam 7 malam. Pihak keluarga Ali mohon semua dapat doakan Ali agar kembali sembuh.”

“Jika nak ikutkan, Ali ni dah semakin sihat dan dah buat aktiviti ringan. Malah Ali dah bercakap walaupun keadaan separuh badan belah kanan masih lemah.”

“Namun sejak petang semalam, Ali mengalami kesukaran nak bernafas dan hospital buat keputusan untuk tidurkan Ali buat sementara waktu. Dia masih ditidurkan dan sedang dalam pantauan doktor.”

“Buat masa sekarang ni, beliau masih tak dibenarkan menerima pelawat. Family minta semua peminat dan rakan-rakan semua untuk doakan, buat solat hajat demi kesihatan Ali atau nama penuhnya, Mohd Ali Ismail.”

Minggu lalu, Ali XPDC tekah dikejarkan ke Hospital Ampang, setelah dilihat tidak respond ketika sedang makan bersama ahli XPDC yang lain. Ketika itu semua ahli band baru saja selesai buat latihan untuk persembahan sebuah konsert.

Dari laporan awal, ketika itu Ali XPDC dikhabarkan terkena angin ahmar. Dari laporan itu juga, ujian swab dah dibuat dan Ali tidak kena jangkitan. Sama-sama kita doakan buat Ali XPDC.