“Beri ruang, tempoh iddah saya pun belum habis” Akhirnya Shila Amzah bersuara

7,074 views

Satu demi satu yang terjadi kepada Shila Amzah sejak mengeshakan sudah tidak lagi bersama bekas suaminya Haris Idraki.

Antaranya yang menajdi tumpuan ialah kejayaan membawa pulang trofi Anuegrah Juara Lagu, kena kompaun sebab langgar Sop, menerima pujian dari sokongan dari Sharnaaz serta komen adiknya, Shada Amzah, tentang seseorang yang berkata benda yang tak elok kepada keluarganya.

Begitu banyak spotlight diberikan, akhirnya Shila Amzah meminta dirinya diberikan ruang buat seketika, apatah lagi baru berpisah dengan bekas suami.

Katanya, buat masa ini, dia mahu fokus dengan kehidupannya dengan anaknya Seth Uwais.

“Sebenarnya saya ni masih belum sembuh sepenuhnya. Fokus saya ketika ini hanyalah satu saja iaitu nak jadi ibu yang paling baik buat anak, Seth Uwais. Semua benda lain bukanlah keutamaan saya.”

Terima kasih kepada semua yang sentiasa beri komen serta kata-kata semangat untuk diri saya.”

Jelasnya, buat masa sekarnag dia juga nak raikan kemenangannya di pentas AJL, satu pencapaian yang hebat.

“Ini first time saya nak fokus kat diri saya. Sebelum ini hanya banyak beri kepada orang lain. Saya nak menikmati kemenangan dan kejayaan di pentas AJL ni. Insyaallah akan ada lebih banyak lagi.”

Tentang bakal peneman atau hubungan dengan jejaka lain, Shila Azmah berkata itu semu masih jauh lagi apatah lagi iddah dia pun belum habis tempohnya.

“Kesediaan nak mulakan apa pun, atau dengan siapa pun, itu semua memang jauh lagi dan tiada sekarang ni. Sebagai seorang wanita, saya sentiasa bersyukur dengan semua doa yang diberikan.”

“Saya sekarang ni okay sahaja. Namun jika kalian okay, harapnya dapat tolong saya dengan berikan diri ini ruang. Selepas berpisah dengan suami, tempoh iddah pun beli habis lagi.”

Itu lah komen dari Shila Amzah tentang isu yang melanda melibatkan dirinya. Shila Azmah baru saja lebih kurang sebulan bergelar ibu tunggal setelah berpisah dengan Haris Idraki pada Februari lepas.