“Azwan Ali digugurkan serta merta” Ini kenyataan rasmi Awesome TV

8,982 views

Pihak Awesome TV pada hari ini telah mengumumkan bahawa mereka membuat keputusan drastic apabila bertindak menggugurkan Azwan Ali atrau Diva AA sebagai pengacara untuk rancangan Mic On serat merta.

Rancangan Mic On itu yang berlangsung hari Jumaat akan diacarakan secara seorang oleh Issey Fazlisham saja.

Menerusi satu kenyataan, pihak Awesome TV bertindak berkenaan di atas beberapa faktor.

Ini kenyataan rasmi dari Awesome TV menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV iaitu Datuk Adam Ilyas.

“Kena ditegaskan bahawa Awesome TV tak akan sesekali kompromi dengan segala isu berkait dengan hal disiplin serta standard etika kerja mana-mana pihak pun. Dan ini termasuklah dalam kalangan tenaga kerja dalam produksi serta semua bakat-bakat yang terlibat sama dengan mana-mana terbitan kami.”

“Awesome TV tak akan bertolak ansur dengan salah laku atau gangguan yang akan dapat cetuskan sebarang isu dan ketidak harmonian. Tindakan keras akan diambil jika terdapat sebarang pelanggaran integriti prinsip itu.”

Itulah kenyataan rasmi dari pihak Awesome TV tentang pengguguran Azwan Ali, seorang pengacara yang sensasi tanah air.

Rancangan Mic On iaitu rancnagan nyanyian reality akan bersiaran setiap Jumaat jam 9 malam di Astro 123, Awesome TV hasil terbitan Awesome TV sendiri.

Mic On telah menampilkan tiga lagenda seni sebagai juri iaitu Datuk Awie, Datuk Hattan dan Mas Idayu. Ini merupakan musim kedua rancangan Mic On ini dijalankan dan seramai 15 peserta telah dipilih. Kesemua peserta akan dibantu oleh manager yang terdiri dari Fad Bocey, Ropie dan juga Ajak Shiro.

Buat masa sekarang ini tiada lagi sebarang kenyataan balas dari tuan punya badan iaitu Azwan Ali tentang penggugurannya dari rancangan berkenaan. Kita tunggu saja nanti.