Shila Amzah dan band SOG kena kompaun, langgar SOP di AJL36

12,508 views

Ini sedikit perkembangan terkini melibatkan rancangan hiburan Anugerah Juara Lagu baru-baru ini.

Pertandingan penuh berprstij itu telah dimenangi oleh kumpulan SOG dan juga Shila Amzah melalui lagunya yang berjudul Pelukan Angkasa.

Walaupun ada kegembiraan, rupanya kesemua mereka menerima berita yang kurang baik juga setelah diumumkan sebagai pemenang AJL untuk edisi yang ke 36 ini.

Melalui laporan portal Mstar, para pemenang Juara Lagu itu telah dikenakan tindakan undang-undang setelah dlihat berpelukan ketika meraikan kemenangan di atas pentas sekaligus menyaksikan mereka telah melanggar SOP ditetapkan.

Seramai tujuh individu dikenakan kompaun dan ini termasuklah pihak penganjur Anugerah Juara Lagu ke-36 itu sendiri. Dianggarkan jumlah kompaun dalam RM7 ribu dikenakan.

Hal ini disahkan oleh pihak polis menerusi satu kenyataan oleh Timbalan Ketua Polis Dang Wangi, iaitu Superintendan Naazron Abdul Yusof.

Kata pihak polis, satu gambar telah dikesan yang dipaparkan oleh beberapa portal tentang kemenangan penyanyi tu. Namun ternyata mereka sedang berpelukkan sekaligus melanggar SOP yang ditetapkan.

“Gambar berkenaan telah memaparkan sekumpulan individu sedang berpelukan di majlis yang berlangsung di PWTC.”

“Mereka dikompaun sebanyak RM1000 seorang dan ini termasuklah pihak penganjur mengikut peraturan yang ditetapkan sebelum ini.”

Polis juga mengesahkan bahawa kesemua individu yang terlibat telah dipanggil bagi membantu siasatan kerana tak patuh SOP termasuk amalkan penjarakkan sosial antara mereka.

Diimbas kembali, kumpulan band SOG dan Shila Amzah yang membawa lagu Pelukan Angkasa dinobatkan sebagai Juara Lagu pada malam itu menewaskan 11 lagu lain.

Ketika diumumkan sebagai pemenang, mereka semua secara spontan dilihat berpelukkanntuk di atas pentas, umerikan kemenangan yang mana membawa pulang wang tunai R100 ribu dan juga trofi.