“Babak wanita terdedah itu idea dari ibu saya, dia yang cari model tu” Chubb-E

3,495 views

Nama penyanyi Chubb-E menjadi bualan sebaik saja isu video Zul Ariffin yang menjadi viral. Ini ekoran ada babak dalam muzik video Chubb-E yang menonjolkan wanita yang agak terdedah.

Muzik video itu untuk lagu berjudul Rambang, nyanyian Chubb-E. Dari sedutan video itu, dikatakan wanita itu sedang duduk bersebelahan Chubb-E dengan pakaian yang agak terdedah dan tak sesuai untuk tonton orang umum.

Melalui laporan portal Mstar, Chubb-E akhirnya tampil menjelaskan bahawa sebenarnya ibu nya yang mencadangkan idea menampilkan wanita berkenaan.

Jelas Chubb-E, apa yang dilakukan sentiasa diketahui oleh family nya.

“Sememangnya saya amat berharap adegan berkenaan akan dapat dikekalkan dalam muzik video itu. Ini kerana ianya merupakan idea asal ibu saya. Dia beri pendapat dan buah fikiran untuk adegan berkenaan dan sebenarnya dia juga yang cari model dari Ukraine itu.”

“Apa yang saya tayangkan, walaupun ada orang luar sana atau netizen tak suka, sememangnya ahli keluarga dah tahu. Saya tidak akan buat perkara yang family saya tak suka.”

Kata Chubb-E lagi, dia mengambil konsep dari muzik video penyanyi terkenal seperti Caprice dan Joe Flizzow yang mengguna idea sedemikian.

Apapun, tentang muzin videonya, Chubb-E terpaksa akur dan membuang adegan berkenaan.

Kerana netizen telah memberi respon yang kurang baik dan demi menjaga sensitiviti, Chubb-E terpaksa membuangnya.

“Muzik video itu dibuat sekitar bulan Februari, masa tu belum lagi timbul isu tentang adegan seorang pelakon terkenal itu. Ketika itu, bagi saya, adegan muzik video itu tak ada isu pun. Namun setelah ada isu lain yang tular, adegan muzik video saya pun terpaksa kena buang juga.”

“Saya jadikan muzik video dari Joe Flizzow dan Caprice sebagai rujukan. Mereka pun ada memaparkan wanita yang agak terdedah juga.”

“Sekarang netizen memang sensitif, kadangkala sensitif tak bertempat.”

Itulah komen dari Chubb-E tentang muzik videonya.