Mas Idayu dedah identiti bakal suami, akan nikah bulan September

11,239 views

Penyanyi popular yang sering menjadi juri rancangan nyanyian iaitu Mas Idayu mengumumakn dirinya akan mengakhiri zaman solo tak lama lagi.

Mas Idayu mengesahkan dirinya kini akan berkahwin dengan lelaki pilihannya bernama Sufian Isa pada bulan September tahun ini.

Ramai yang tak tahu siapa Sufian Isa ini. Untuk info bakal suami Mas Idayu ini merupakan penerbit di TV3.

Sufian isa juga merupakan penerbit beberapa rancangan yang turut disertai oleh Mas Idayu.

Malahan, Mas Idayu akui, dia kenali Sufian Isa sejak program Mentor pada tahun 2008.

Namun hubungan mereka berdua hanya serius sejak beberapa bulan lalu, terutama ketika rancangan hiburan Lagu Cinta Kita.

“Secara jujur saya tak sangka akan melalui fasa ini lagi sekali. sebelum ni saya dah 15 tahun hidup secara solo.”

“Memang sejak dua tahun kebelakangan ini, saya selalu saja berdoa agar berjumpa jodoh yang baik.”

“Siapa yang akan menyangka bahawa jodoh saya dalam kalangan orang yang saya bekerja juga. Bermula dengan hanya usikan rakan-rakan di rancangan Lagu Cinta Kita yang berlangsung tahun lalu, kini ianya telah membawa kepada hubungan yang serius.”

“Di rancangan Lagu Cinta Kita tu, peserta tak kahwin, akhirnya kami pula yang akan berkahwin. Inilah yang dikatakan jodoh. Doakan semoga rancangan kami akan dipermudahkan.”

Tentang ksiah hubungan mereka, Sufian dah berjumpa dengan keluarganya. Sufian datang jumpa kakak sulungnya.

“Tak ada istilah dia datang melamar saya pun. Kami masing-masing dah faham isi hati. Dia terus cakap nak jumpa family saya dan masa tu kebetulan mereka datang dari kampung.”

“Saya dah tentu gembira. Bukan sebab nak kahwin, tapi lebih pada saya dipertemukan dengan lelaki yang boleh untuk jaga saya.”

Dalam pada itu anak Mas Idayu iaitu Nur Dayini, 25 tahun, turut merestui hubungan Mas Idayu dan Sufian Isa, malah mengaturkan tempat pertemuan mereka berdua.

“Anak saya yang aturkan tempat untuk kami berjumpa sebanyak empat kali.”

Berkaitan persiapan perkahwinan, Mas Idayu menyatakan sudah lebih kurang 30 peratus dah siap. Semoga segala urusan perkahwinan Mas Idayu dan Sufian Isa akan berjalan lancar, tahniah mummy.