“Baby Shima, kau tak yah sibuk nak derma, habis nanti bala”

6,732 views

Sebelum ini penyanyi Baby Shima ada melahirkan hasratnya untuk menjual baju demi memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan mereka yang terkesan dengan banjir yang melanda baru-baru ini.

Namun, ada segelintir netizen yang tak setuju dengan cara Baby Shima itu, malah ada juga yang menulis komen dengan kata-kata yang kurang elok kepada Baby Shima.

Ada yang memanggil penyanyi ini dengan gelaran yang kurab baik malah turut mempersoalkan halal haram wang yang mahu didermakan oleh Baby Shima.

Ini antara komen-komen pedas dan menusuk hati dari netizen, memang agak keterlalauan komennya.

Berkata tentang komen-komen tersebut, Baby Shima kesal kerana niatnya nak membantu orang lain pun tetap kena sembur dengan netizen.

“Ramai yang dah buat kerja Tuhan. Masa saya menari, ramai yang cakap bukan-bukan. Kemudian walau saya nak tolong mangsa banjir pun saya tetap kena, malah agak teruk. Mungkin nama saya memang akan selalu kena saja.”

“Kalau kita tunjuk kita tolong orang, ada yang kata itu content dan riak. Tapi kalau bantu senyap-senyao, kata kita tak tolong orang pula.”

Penyanyi ini meminta orang ramai agar tidak mudah nak jadi judge dan menghakimi orang lain hanya berdasarkan penampilan saja.

“Jangan nilai apa yang didermakan disebabkan penampilan penderma. Kita hanyalah manusia biasa, tak ada hak nak nilai sama ada orang itu baik atau sebaliknya.”

“Kepada semua, jangan cepat mencari kesilapan orang lain saja, kadangkala kita pun ada buat, dan kita pun kenalah sedar.”

Baby Shima menjual baju-baju show terpakai miliknya yang diharap menjadi dana untuk sumbangan kepada mangsa banjir di Selangor dan Pahang. Shima mengagihkan bantuan melalui kelab peminatnya Baby Shima Supporter.