Selepas rumah hanyut, Ebby Yus dimasukkan ke hospital.. Dugaan lagi

3,224 views

Selepas rumahnya dihanyutkan banjir, kini pelakon dan pelawak Ebby Yus menerima satu lagi ujian. Selebriti berumur 56 tahun ini telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak empat hari lepas.

Dari satu kenyataan, Ebby Yus mengatakan dia alami masalah paru-paru. Ujian xray telah dibuat untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh pelawak berumur 56 tahun ini.

Ini komen Ebby Yus melalui satu pesanan voice note: “Saya masuk hospital, dah empat hari. Lepas banjir hari tu.

Tentang keadaan terkininya, Ebby Yus mengatakan dia masih menunggu keputusan dari doktor tentang rawatan lanjut yang akan dibuat.

“Tak boleh nak cakap untuk masa ini kerana doktor sedang tengok. Keadaan saya okey sekarang. Doktor kata paru-paru saya ada air dan saya akan jalani rawatan lanjut.”

“Harap-harap keputusan imbasan nanti okey lah. Kalau tak, mungkin, paru-paru kena cucuk atau akan ditebuk untuk keluarkan air berkenaan. Ianya untuk elak jadi lebih teruk termasuk dapat jangkitan.”

Walaupun menerima dugaan demi dugaan, Ebby Yus tak mahu bercerita lebih lanjut dan berharap semua dapat mendoakannya saja.

“Saya harap semua boleh doakan saya sihat semula dan sembuh. Saya tak mahu orang kata saya buat kisah sedih untuk simpati.”

“Sebenarnya saya percaya apa yang berlaku, ada hikmah. Saya redha. Kita hanya boleh buat rancangan namun Allah yang tentukan.”

Ramai peminat dan netizen yang menulis rasa kasihan dengan Ebby Yus.  Ini antara komen dari netizen.

“Kasihannya, hari tu rumah hanyut, sudah tentu akan rasa risau.”

“Ebby Yus ni seorang yang kuat, semoga cepat sembuh.”

Untuk info, Ebby Yus pernah masuk ke hospital kerana masalah jantung dan juga kidney. Sama-sama kita doakan agar Ebby Yus kembali sihat.