Baby Shima sah bertanding dalam Pilihan Raya Negeri akan datang

1,216 views

Penyanyi Baby Shima telah membuat satu pengumuman yang membuat ramai terkesima. 

Shima atau nama penuhnya Nor Ashima, 30 tahun, telah membuat keputusan untuk berkecimpung dalam dunia politik. 

Penyanyi yang terkenal dengan genre dangdut ini mengesahkan akan bertanding di Pilihan Raya Negeri, PRN yang akan berlangsung bulan depan pada 12 Ogos 2023. 

Kata Baby Shima, dia mahu bertanding sebab mahu membela nasib rakyat di negara ini. 

Melalui satu video, Baby Shima membuat pengumuman berkenaan dan mendapat pelbagai reaksi. 

“Assalamualaikum rakyat Malaysia semua, dengan ini saya memgumumkan bahawa saya akan bertanding untuk pilihan raya kali ini.” 

“Saya mahu berkhidmat dan mahu membela rakyat. Ingat kamu mahu perubahan, fikirkanlah wahai anak muda. Undi saya.” 

Melalui satu temubual dengan portal Mstar, Baby Shima akan bertanding atas tiket calon bebas dan di kawasan mana dia bertanding akan diberitahu kelak,  

“Buat masa sekarang ini saya tidak boleh nyatakan secara terperinci, namun saya akan bertanding melalui tiket calon bebas.” 

“Kawasan mana serta manifesto saya untuk rakyat nanti akan saya umumkannya tak lama lagi.” 

“Saya memang mahu membela nasib rakyat supaya beban yang dihadapi masyarakat akan dapat diselesaikan.” 

Baby Shima telah mengambil inspirasi untuk terjun ke dunia politik ini setelah melihat ramai rakan artis yang kini terlibat sama. 

“Sebelum ini dah ramai artis yang terlibat dalam politik. Tujuan mereka mahu yang terbaik untuk rakyat.” 

“Sama, begitu juga dengan saya, tak salah kalau kita ada niat baik mahu berbakti kepada masyarakat terutamanya buat golongan anak muda.” 

Akur dengan resepsi dari orang ramai yang tak suka dengan keputusannya itu, Baby Shima langsung tidak terkesan.  

“Saya tak boleh nak halang jikalau ada yang ingin memberi komen yang tak baik kepada saya. Saya hanya berniat untuk bantu orang ramai.” 

“Dalam banyak komen yang mengecam, sebenarnya masih ada yang menyokong niat baik saya ni.” 

Jelasnya, kempen akan dimulakan pada awal bulan Ogos nanti.

“Kempen pertama Shima pada 5 hari bulan 8 nanti.”

Itulah perkembangan terkini dari penyanyi, Baby Shima yang akan bertanding di PRN akan datang, tunggu pengumuman lanjut darinya tak lama lagi.