“Sahabatku Paie” Ini momen Shaheizy Sam bertemu Bell Ngasri

10,155 views

Pada tahun 1997, buat pertama kalinya Shaheizy Sam berlakon bersama Bell Ngasri dalam drama berjudul Paie. 

Kedua mereka ketika itu masih lagi remaja dan berlakon sebagai pelajar sekolah. Drama ini amat terkenal dan telah menaikkan nama kedua dua pelakon ini. 

Kini telah hampir 25 tahun drama itu ditayangkan, Shaheizy Sam dan Bell Ngasri kedua duanya dah pun meraih Bintang Paling Popular. 

Siapa yang sangka, dua pelakon drama berkenaan berjaya mencapai kejayaan seperti ini. 

Ketika di ABPBH, Shaheizy Sam telah bertemu dengan Bell Ngasri di belakang pentas. 

Pelakon Polis Evo ini sempat merakamkan detik bertemu dengan Bell Ngasri. 

Ternyata Shaheizy Sam amat gembira dengan kejayaan yang dimiliki oleh Bell Ngasri. 

Ini antara perbualan mereka. 

Bell Ngasri berkata setelah dipeluk oleh Shaheizy Sam: “Sahabatku Paie.” 

Shaheizy Sam kemudian berkata: “Aku kat luar tadi Bell.” 

Sebelum itu Shaheizy Sam ada keluar sebentar sebelum bertemu dengan Bell. 

“Tahniah Bell, Ya Tuhanku. Ko tak pernah Bell. Kau ni muda lagi.” Kata Sam. 

Bell membalas: “Alahai ko pun lebih kurang je. Baik-baik terima kasih, alhamdulillah.” 

Ini videonya. 

Di ruangan caption, Shaheizy Sam menulis sememangnya Bell Ngasri layak menerima anugerah berkenaan. 

“Dah 37 tahun dia menghiburkan kita, memang amat layak. Bell aku gembira sangat untuk kau.” 

Turut berada di dalam video Shaheizy Sam ialah Harun Hashim yang memegang watak sebagai cikgu dalam drama Paie. 

Selain Shaheizy Sam dan Bell Ngasri, drama Paie ini dibarisi Julia Hana, Harun Hashim, Nasir Bilal Khan, dan ramai lagi. 

Pa’e merupakan watak yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam manakala Bell Ngasri memegang watak pelajar nakal yang sering membuat onar dan menganggu Pa’e. 

Pada tahun 2016, Shaheizy Sam dan Bell Ngasri sekali lagi berlakon bersama dalam drama berjudul Bimbo.