Neelofa tegur Ameera Khan

41,148 views

Nama Neelofa memang sudah kenali di Malaysia, satu nama yang cukup besar dalam dunia seni. 

Populariti yang diraih oleh Neelofa, turut tertumpah kepada ahli keluarganya. Ibunya, Datin Noor Kartini, adik beradiknya, Nabila, dan juga Ameera Khan. 

Setelah berkahwin dengan penceramah PU Riz, perubahan Neelofa amat ketara, apatah lagi memilih untuk memakai niqab. 

Boleh kata, orang ramai rasa sejuk saja untuk memandang perubahan yang dilakukan oleh pelakon dan bekas pengacara MeleTop ini. 

Oleh kerana sudah berhijrah, kini ramai mata yang tertumpu kepada adik perempuannya, Ameera Khan yang lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan. 

Ameera Khan yang dipanggil dengan nama baby oleh ahli keluarga, kini tampil dengan pakaian yang agak terdedah. 

Minat dengan fashion dan juga penampilan, Ameera Khan selalu muatnaik foto, bagaikan seorang model profesional. 

Kerana ini, ramai yang tertanya, sama ada Neelofa mahupun suaminya PU Riz tak ada memberi teguran ke kepada Ameera Khan. 

Melalui portal Mstar, Neelofa tampil menajwab tentang hal ini. 

Kata Neelofa, sebagai seorang kakak, dah tentu dia ada memberi teguran kepada adiknya itu.  

“Apa yang boleh saya cakap, kami semua tak ada pun hanya berdiam diri saja. Saya sokong apa yang baik dan dah tegur apa yang tak.”  

“Malah, saya dah pun pernah berbincang untuk beri dia faham apa yang dibuat betul atau pun salah.” 

“Saya tak mahu cakap lebih-lebih sebab bagi saya, ini semua merupakan privasi kami.” 

“Dah tentunya saya lebih mengenali adik saya macam mana.” 

Sememangnya Neelofa dah pun ada memberi nasihat kepada adiknya Ameera Khan, takpelah slow and steady, mana tahu ada perubahan buat Little Miss Khan di masa akan datang kelak.