Baca kenyataan Datuk Yusof Haslam, dan juga respon emoji dari Syamsul Yusof

6,999 views

Semakin rancak pula kisah tentang perkahwinan antara Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah Liyana yang melibatkan individu ketiga iaitu wanita bernama Ira Kazar. 

Ura-ura kuat bertebaran yang menyatakan bahawa Syamsul Yusof telah mengahwini Ira Kazar secara senyap-senyap. 

Berbicara tentang isu ini, Puteri Sarah Liyana memang tak tahu menahu kesahihan berita berkenaan. 

Baginya, dia harap hal ini akan terbongkar pada tahun depan, dan kini hanya fokus pada diri dan juga anak-anak. 

Dalam pada itu, ada wartawan yang telah mesej kepada Syamsul Yusof untuk bertanya soalan ini. 

Dari laporan Berita Harian, apabila ditanya sama ada benar Syamsul Yusof dan nikahi Ira Kazar, pengarah tersebut ada membaca mesej dan memberi komen menggunakan emoji saja. 

Syamsul Yusof hanya memberikan emoji tanda sedang ketawa saja. Syamsul tiada menulis sebarang komen lanjut, hanya emoji ketawa. 

Kemudian pihak wartawan terus hubungi pengarah dan penerbit tersohor iaitu bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam. 

Kata Yusof Haslam, sebaiknya hal ini dijawab sendiri oleh anaknya itu. 

“Saya ni tak mahu komen banyak. Adalah lebih baiknya, kenyataan tentang hal ini keluar dari mulut anak saya sendiri iaitu Syamsul. Sebabnya ini isu yang membabitkan hal rumah tangganya.” 

“Sebagai seorang ibu bapa, kami sentiasa berikan doa yang terbaik untuk anak dan juga menantu saya, Puteri Sarah.” 

“Pada saya, di usianya yang dah masuk 38 tahun, Syamsul sudah cukup dewasa untuk fikir sendiri apa yang baik atau sebaliknya.” 

Itulah sedikit jawapan dari Datuk Yusof Haslam yang sebelum ini ada memberi sokongan yang tak berbelah bagi kepada Puteri Sarah Liyana. 

Isterinya iaitu Datin Fatimah sebelum ini ada menulis bahawa keberkatan merupakan sesuatu yang amat penting dalam rumah tangga. 

Isu rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof serta Ira Kazar ini sudah bertahun diperkatakan. 

Malahan Puteri Sarah juga telah mengambil tindakan undang-undang ke atas Ira Kazar yang dijangka berlangsung pada tahun depan.