Oktovia Manrose selamat melahirkan anak perempuan, tahniah!

3,143 views

Pelakon Oktovia Manrose kini telah pun selamat bergelar ibu kepada dua orang anak setelah selamat melahirkan baby barunya, baby girl pada awal Disember tahun 2022. 

Oktovia Manrose selamat melahirkan anak perempuan pada tarikh 6 Disember 2022 pada jam 8 malam. 

Pengumuman ini dibuat oleh Oktovia Manrose sendiri melalui satu hantaran di laman media miliknya pada hari ini. 

Kakak kepada Aprena Manrose ini turut tayang wajah baby barunya itu dengan memberi ucapan yang amat menyentuh hati. 

Baginya anak merupakan satu anugerah yang amat bernilai buat diri Oktovia Manrose. 

Ini kenyataan dari Oktovia Manrose. 

“Satu anugerah yang amat indah dan juga amanah dari Illahi. Hadiah termahal buat saya dan juga suami saya.” 

“Alhamdulillah syukur saya telah selamat melahirkan permaisuri hati saya pada tarik 6 Deccember 2022 pada jam 8.40 malam.” 

“Ini merupakan rahsia dari Nya dan perancangan yang terbaik. Memang tak disangka sangka, selepas 11 tahun, saya dhadiahkan lagi oleh Nya, seorang lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya.” 

“Syukur kini kami dah ada sepasang cahaya mata.” 

Oktovia Manrose juga mengatakan dia kini tidak lagi utamakan duniawi sebaliknya memilih ke jalan yang lebih di redhai. 

“Tak ada sebarang keuntungan dunia apatah akhirat dengan menggadaikan diri kepada hal yang bersifatkan dunia semata.”  

“Tiada keuntungan untuk orang tua yang mempunyai anak jika tidak taat pada aturan Illahi. Didik ikut syarat dari Nya dan ikut jalan Rasul. Anak amanah dan merupakan penentu syurga atau sebaliknya.” 

Ini pula ucapan dari Oktovia Manrose buat suaminya, Khairul Efsan. 

“Kepada suami tersayang, terima kasih kerana menjadi pasangan saya, ayah kepada anak saya. Kamu sememangnya amat istimewa setiap hari, kamulah kekuatan saya.. Semoga kita akan sentiasa berpegangan dalam jalani kehidupan ini, amin.” 

Tahniah buat Oktovia Manrose dan juga suaminya Khairul Efsan di atas kehadiran cahaya mata mereka. 

Untuk info Oktovia Manrose merupakan kakak kepada Aprena Manrose dan sepupu kepada selebriti adik beradik iaitu Uqasha, Nelydia dan juga Raysha Rizrose.