“Mereka sebar kenyataan tak benar pada keluarga” Syamsul Yusof saman Jawi RM10juta

4,015 views

Persoalan tentang perkahwinan antara pengarah terkemuka, Syamsul Yusof dan wanita bernama Ira Kazar sedang bermain di minda ramai pihak. 

Akhirnya persoalan ini dijawab tuan punya badan apabila Syamsul Yusof tampil memberi satu kenyataan berkaitan pertanyaan ini. 

Syamsul Yusof mengesahkan bahawa isu yang sedang bertebaran ini tidak benar sama sekali dan ianya satu fitnah. 

Kenyataan dari Syamsul Yusof ini dibuat menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya pada hari Khamis malam sekitar jam 9 lebih malam. 

Malahan Syamsul Yusof juga telah mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak Jawi kerana mengeluarkan kenyataan yang tak benar. 

Ini kenyataan penuh dari Syamsul Yusof. 

“Saya telah menyaman pihak JAWI sebanyak RM10juta disebabkan pihak ini telah membuat penyebaran kenyataan yang tak benar.” 

“Ianya satu kenyataan yang tak betul dan fitnah, dan dikeluarkan kepada keluarga saya dengan menyatakan bahawa saya telah berkahwin lagi.” 

“Yes ini merupakan satu fitnah.” 

Ini hantaran posting dari Syamsul Yusof. 

Akhirnya Syamsul Yusof telah pun jelaskan status terkininya, maka dia hanya masih mempunyai seorang isteri saja iaitu Puteri Sarah Liyana. 

“Saya dah bincang dengan pihak lawyer saya. Kami akan saman pihak Jawi sebanyak RM10 juta sebab itu memang kenyataan fitnah terhadap saya. “ 

“Jawi telah memberikan maklumat tak benar kepada family saya walhal itu tidak benar sama sekali.” 

Kata Syamsul Yusof, dia perlu ambil tindakan kerana merasakan bahawa ianya info peribadi dan ianya salah sama sekali. 

“Hal berkenaan merupakan satu dokumen rasmi kerajaan. Saya perlu ambil tindakan. Setakat ini itu saja. Selebihnya saya akan maklumkan kemudian nanti.” 

Itu kenyataan dari Syamsul Yusof seperti yang telah dilaporkan oleh pihak Mstar.