Bad Indigo akhirnya dedah punca berpisah dengan Ashira “Bila tak jujur, kepercayaan hilang”

4,064 views

Tiba-tiba saja nama dua bekas peserta Gegar Vaganza, Bad Indigo dan juga bekas isterinya Ashira jadi topik hangat beberapa hari kebelakangan ini. 

Semuanya kerana ada foto menunjukkan Ashira dengan jejaka yang dikatakan kekasih hati Ashira yang baru. 

Malahan Bad Indigo akui dirinya masih belum move on dan telah meluahkan rasa hati yang terbuku. 

Jelasnya, dia pun terkejut juga apabila dapat tahu bahawa Ashira sudah ada pengganti yang baru dan sedang kenali hati budi lelaki lain. 

Akui masih sayangi bekas isteri, Bad Indigo menyatakan dia mendoakan yang baik saja agar Ashira akan temui bahagia yang dicari. 

Setelah isu ini jadi bualan, ramai mula memberi komen yang kurang enak kepada Ashira. 

Melihat komen ini semakin melarat, akhirnya Bad Indigo tampil membuat satu penjelasan menerusi satu video semalam. 

Dari video ini Bad Indigo meminta orang ramai tidak terus menghukum Ashira. 

Malahan, akhirnya Bad Indigo sendiri membuka cerita tentang hal yang menjadi antara punca perpisahan mereka berdua. 

Menerusi video berkenaan, Bad Indigo akui, perpisahan yang berlaku kerana dirinya sendiri, kerana dia tak jujur tentang keadaan penyakitnya kepada Ashira. 

“Ramai yang masih tak puas hati, sebab tak ada terbongkar cerita, pasal apa, dan kenapa berlaku perpisahan antara saya dan juga Ashira.” 

“Ashira memang teruk juga kena, ada kata kau tinggalkan laki kau sebab dia dah kudung semua. Korang tak tahu pangkal cerita. Selama ni saya diam, tetapi sebab dah teruk sangat, jadi saya cerita.” 

“Nak tahu sangat pasa apa kami berpisah, bukan salah dia, tapi salah saya. Saya yang tak jujur dengan dia mula-mula. Bukan tak jujur sebab orang ketiga ye jangan salah faham.” 

“Saya tak jujur akan penyakit saya dengan dia, lepas nikah baru tahu keadaan diri saya yang betapa teruk sakit saya ni.” 

“Saya tak beritahu dulu, sebab takut hilang dia. Takut dia tak nak saya. Itu memang salah saya. Patut saya yakin dengan dia, tetapi saya selfish masa tu. Akhirnya kami berpisah juga. Bila tak honest dengan orang yang kita sayangi, kepercayaan akan hilang.” 

“Jadi belajar dari hal itu, memang itu silap besar saya. Saya minta maaf pada Ashira, bukan salah dia.” 

“Dia berhak dapat kebahagian yang mahu dia kecapi, semua orang pun nak bahagia.” 

Itulah penjelasan dari Bad Indigo tentang kisahnya dengan Ashira.