Anak perempuan pelakon terkenal tanah air Azhar Sulaiman iaitu Ksaih Iris Leona, memang amat terkenal di laman media sosial.
Di umurnya baru masuk 21 tahun, Leona seringkali memuatnaik videonya mengiburkan para peminatnya terutama di Tik Tok.
Antara content yang paling kerap dimuatnaik oleh Leona ialah videonya menari dan juga video trend yang terkini.
Yang terbaru, satu lagi video Leona menari menjadi perhatian ramai.
Video berkenaan diperkatakan ramai kerana pemakaian Leona dan juga bentuk badan gadis ini.
Memang sudah begitu kerap baju dan pemakaian Leona jadi bualan ramai, apatah lagi ianya tak bersuaian sebagai seorang wanita muslimah.
Namun kini, lebih banyak pula komen yang memperkatakan tentang betuk badannya yang kini dilihat semakin berisi atau dah mula chubby.
Melalui laporan Kosmo, Leona sebenanrya sedar dengan komen sedemikian, namun tidak menghiraukannya.
Leona kekal positif dan tidak terkesan dengan komen seperti itu.
“Kalau saya gemuk pun, adakah hal itu beri kesan kepada anda?”
“Minta maaf jika anda tak puas hati dengan penampilan diri sendiri tapi anda tak perlu nak rasa insecure, kurang yakin apabila melihat diri saya.”
“Saya okey saja dan amat gembira dengan penampilan diri sendiri. Itu yang paling penting.”
Leona juga sempat membalas komen yang mengatakan bahawa dirinya dah macam seorang ibu yang ada anak lima.
“Ada yang kata badan saya macam seperti ibu kepada lima anak.”
“Oleh itu, adakah ibu anda kelihatan seperti saya?”
Anak kedua Azhar Sulaiman ini turut berkata, jika videonya memberi kegembiraan kepada orang lain, dia turut gembira.
“Jika selalu tengok hidup saya dapat bagi kegembiran pada anda, sila teruskan, sebab hidup anda tu dah terlalu kusut.”
“Kalau saya boleh beri keterujaan, saya tumpang bahagia.”
“Hidup ini singkat dan hidup ni bukan di media sosial saja.”
“Letak telefon dan pergi jalani kehidupan dunia nyata di sekeliling anda.”
Itulah komen dari Leona anak kepada Azhar Sulaiamn tentang video terbarunya.