Tok Ram kata nyanyian Siti Nordiana di semi final memang teruk

3,894 views

Kalau ada penyingkiran memang Siti Nordiana yang akan keluar.” Itulah kata-kata dari Tok Ram tentang persembahan Siti Nordiana di pentas semi final All Stars Gegar Vaganza. 

Semua pun dah tahu, kesemua lapan peserta di semi final telah berjaya mara ke peringkat akhir untuk konsert final Gegar Vaganza musim ke 10 ini. 

Namun ramai nak tahu juga pendapat Tok Ram tentang persembahan peserta yang mendapat markah terendah itu. 

Siti Nordiana atau Nana, membawa lagu Sudahku Tahu dari Projector Band dan juga Hatiku Hampa dari kumpulan Ungu. 

Menjawab pertanyaan pihak media, Tok Ram mengatakan secara jujur bahawa kalau bukan 8 peserta yang dibawa ke final, memang Siti Nordiana yang akan tersingkir. 

Bagi Tok Ram, memang agak teruk persembahan dan juga nyanyian dari Nana pada malam itu. 

“Semua lapan orang peserta ni memang tak tahu dorang akan pergi final.” 

“Tapi kalau nak kata jika ada penyingkiran, memang Siti Nordiana.” 

“Teruk dia nyanyi, memang teruk.” 

Tok Ram juga sempat memberi komen tentang persembahan peserta kedua terendah iaitu Azharina. 

Ini pendapat Tok Ram tentang Azharina. 

“Saya rasa wasted, untuk Azharina. Dia tak rebut peluang yang ada. Masa dia nyanyi sebelum ni, saya minta dia turun key.” 

“Semasa latihan dia nyanyi tinggi, saya suruh turun key, dia akan nyanyi merdu. Semalam masa sound check, memang sangat sedap dia nyanyi.” 

“Tapi dia nyanyi ni ada tantrum, semua cakap apa yang dah jadi.” 

Untuk final, Tok Ram akan memberi yang terbaik kepada semua para peserta untuk menonjol, dan meminta mereka mendengar nasihatnya ketika sesi latihan. 

Kata Tok Ram lagi, sebagai muzik director, tiada pilih kasih dan mahu yang terbaik buat para peserta finalist All Stars Gegar Vaganza.