Zayn Rayyan ditemui bagai sedang tidur mengiring, nampak keletihan sangat

5,319 views

Zayn Rayyan, kanak-kanak autistic berumur 6 tahun yang hilang dua hari lalu, telah pun ditemui dalam keadaan sudah lagi tidak bernyawa. 

Anak syurga ini ditemui berdekatan dengan anak sungai berhampiran di rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai. 

Individu yang menemui adik Zayn Rayyan ialah seorang lelaki berumur 45 tahun, bernama Faizol Najib. 

Jelasnya, dia bersama beberapa penduduk mula membantu mencari kanak-kanak berkenaan. 

Gerak hatinya, dia mengikuti arus sungai dan akhirnya menemui jasad Zayn Rayyan malam tadi. 

Ini pengalaman dari individu yang menemui adik Zayn iaitu Faizol, ketika ditemubual oleh Kosmo. 

“Saya tergerak hati nak cari di kawasan hujung anak sungai walaupun semalam dah ada Unit Anjing Pengesan yang buat pencarian di kawasan ini.” 

“Keadaan sekitar sini memang amat gelap, semasa saya suluh di sungai saya melihat sekujur tubuh dalam keadaan mengiring.” 

“Tubuh dia memang betul-betul seperti sedang tidur mengiring. Allahuakbar, macam penat dan dia nak berehat. Memang nampak macam letih sangat.” 

Faizol berkata, dia menemui kanak-kanak berkenaan seperti yang ditularkan baru-baru ini, iaitu lengkap berpakaian sekolah.  

“Memang saya lihat tubuhnya lengkap berpakaian dengan lencana sekolah seperti yang dihebahkan sebelum ini.”   

“Saya terus contact kawan yang lain dan inform kepada polis yang sedang melakukan pencarian.” 

“Terus rasa sayu hati saya bila dah disahkan bahawa kanak-kanak itu memang Zayn Rayyan.” 

Zayn Rayyan, 6 tahun ditemui dalam keadaan tak sedarkan diri lebih kurang jam 10 malam tadi. 

Gerakkan mencari Zayn Rayyan dilakukan oleh 40 anggota polis dan juga bersama sama penduduk sekitar seramai 60 orang. 

Pihak polis juga telah membuat kenyataan dan mengesahkan penemuan Zayn Rayyan. 

Kata polis, pencarian di kawasan itu telah dibuat sebelum ini, namun keadaan cuaca dan keadaan sekitar mungkin menjadi faktor tidak menemuinya sebelum ini. 

Salam takziah buat keluarga Zayn Rayyan, semoga bertabah dan terus kuat.