Bahagia betul nampak, Sufian Suhaimi ‘dating’ dengan gadis berhijab di Penang

1,257 views

Selepas penyanyi MK Kclique dilihat keluar dengan seorang gadis dikatakan bernama Hajar sambil berpegangan tangan, kini seorang lagi penyanyi lain yang cukup terkenal iaitu Sufian Suhaimi pula dilihat ada keluar dengan seorang wanita.

Hal ini mula viral setelah ada satu viral memperlihatkan Sufian Suhaimi sedang makan berdua dengan wanita yang berhijab tersebut.

Dari akaun TikTok Izzhaelmi, Sufian Suhaimi dilihat mengenakan baju kemeja berwarna krim dan sedang menjamu seleran sambil berborak dengan seorang wanita yang hanya nampak dari bahagian belakang saja.

Ini tulis Izzhaelmi di ruangan caption: “Sufian Suhaimi makan dengan siapa ye tu. Apapun terima kasih sebab awak ni memang sporting and cool. Semoga Sufian Suhaimi akan terus menyanyi dan tampil dengan lagu yang fresh dan berkualiti.

Sufian dilabel sebagai seorang yang cool dan sporting sebab dia melayan pemilik akaun berkenaan untuk mengambil gambar dan selfie bersama-sama.

Video dating Sufian Suhaimi dan wanita berkenaan dikatakan berlaku di Restoran Kapitan, Pulau Pinang.

Melihat Sufian Suhaimi dah kembali berdating, ramai netizen mula memberi komen. Antaranya mengatakan bahawa Sufian dilihat amat gembira dan bahagia dengan wanita berkenaan.

Ada juga yang berkata lepas Mk, kini giliran Sufian Suhaimi pula dah ada buah hati.

Pengguna bernama Izzah menulis: “Tadi nampak video MK. Sekarang Sufian pula.

Pikah pula menulis: “Nampak bahagia betul Sufian bersembang denagn gadis tu.

Memang ramai yang tumpang bahagia melihat Sufian Suhaimi kini dah mula jalin huhungan semula.

Sufian Suhaimi sebelum ini ada mengatakan bahawa dia dah pun terbuka untuk menjalin hubungan dan gembira melihat rakan-rakan kini dah pun berkahwin.

“Saya gembira tengok sahabat sama-sama dengan saya bertemu jodoh dan tamatkan zaman bujang mereka.”

“Itu rezeki mereka, saya yakin setiap orang ada rezeki tersendiri yang ditetapkan oleh Illahi.”

Tentang ciri-ciri wanita atau gadis idaman, Sufian bukannya ada sebarang kriteria khas.

“Saya tak pernah letak apa-apa kriteria khas tentang calon isteri namun yang sebaik-baiknya biarlah seorang wanita yang baik dan elok budi pekertinya.”

Itulah perkembangan terkini tentang Sufian Suhaimi.