"Hajar" nama kekasih MK K-Clique, berpegangan tangan, lihat komen Nabila Razali - News Tel

“Hajar” nama kekasih MK K-Clique, berpegangan tangan, lihat komen Nabila Razali

5,750 views

Penyanyi yang kini dah masuk ke dunia lakonan iaitu MK K-Clique kini menjadi trending namanya sejak semalam.

Ini semuanya gara-gara MK datang ke satu event dengan seorang gadis cantik. Bukan saja datang bersama, namun yang menjadi perhatian ialah MK dan gadis berkenaan hadir memakai baju sedondon dan siap berpegangan tangan lagi.

Hal ini mula menjadi buah mulut setelah ada satu video di muatnaik di laman Tiktok. Melalui akaun bernama Sugardoll Finie, video berdurasi pendek itu memperlihatkan MK K-Clique hadir ke event Sugardoll iaitu open house sempena hari raya.

Kehadiran MK itu turut diikuti dengan seorang wanita jelita memakai baju hitam, sedonodn dengan baju MK dan dilihat berjalan sambil berpegangan tangan.

Melihat keakraban antara Mk dan wanita itu, ramai yang mula meluahkan rasa patah hati.

Antara yang mencuri perhatian ialah komen dari Nabila Razali di ruangan komen. Simple saja komennya, konon dia pun patah hati.

Okey” Komen ringkas Nabila Razali. Penyanyi dan pelakon ini hanya berseloroh saja, kerana dia dan Mk memang rapat.

Ini antara komen dari netizen lain.

“Ada yang patah. Bukan kayu tapi hati. Okay lah jangan patah hati semua.”

“Nak patah hati jugalah, nak pergi ke bucu tepi katil.”

Kisah antara Mk sudah ada kekasih hati ini mula dihidu ornag ramai setelah MK sendiri ada muatnaik foto bersama wanita berkenaan.

Mk turut tag nama Hajarsiti kepada wajah wanita berkenaan. Maka memang ramai yang mula mencari nama Siti Hajar, iaitu nama yang dikatakan kekasih hati Mk K-Clique.

Sebelum ini pun, ada netizen yang berkata mereka terserempak dengan Mk K-Clique dengan wanita bernama Hajar itu ketika berjalan di Kuantan, di Pahang. Sehingga kini, Mk K-Clique tak ada memberi sebarang kenyataan tentang wanita yang dikatakan bernama Siti Hajar itu.

Latest from Hiburan


Dah serik, hanya family yang tahu, Ruhainies tak mahu cerita tentang Mr E lagi

1,926 views

Pelakon Ruhainies antara pelakon yang sering menjadi perhatian tentang kisah percintaan.

Berbeza dengan kakaknya iaitu Nur Risteena yang secara terbuka mendedahkan sedang bercinta dengan Isa Khan sebelum berkahwin, Ruhainies hanay mendedahkan sedikit saja info tentang kekasih hatinya.

Ruhainies yang kini menganjak usia 28 tahun, pernah memberitahu sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang diberi nama Mr E.

Sehingga kini, nama penuh serta wajah penuh Mr E belum pernah ditayang oleh Ruhainies, hanya ada beberapa kali saja muatnaik foto bersama dengan wajahnya ditutup rapi.

Melalui laporan dari portal Kosmo dan juga Harian Metro, Ruhainies memberitahu dia kini dah serik nak bercerita tentang kisah Mr E lagi. Sebelum ini dia buka cerita sebab Mr E itu merupakan kekasih hatinya yang pertama.

Dia kini mengambil langkah menyimpan saja hal peribadi berkenaan dan tak menceritakan di sosial media.

“Saya dah banyak belajar melalui pengalaman sebelum ini. Jika dulu saya selalu saja upload tentang kekasih hati, sebabnya dia merupakan cinta pertama saya.”

“Berbohonglah jika saya tak teruja dan rasa gembira sebab tu saya upload untuk menceritakan rasa hati yang berbunga-bunga.”

“Akan tetapi, semakin dah menginjak usia ni, saya dah semakin sedar bahawa ada perkara yang perlu saya simpan untuk diri saja.”

“Sekarang ini saya lebih selesa cerita tentang kerjaya saja termasuklah tentang business dan perniagaan saya. Saya dah jadi lebih berhati-hati.”

Ruhainies juga menjelaskan tentang ksiah peribadi, hanya family saja yang tahu dengan lebih mendalam.

“Saya tak nak dah cerita tentang soal cinta dan jodoh. Biar saya dan keluarga saja yang tahu. Saya serahkan kepada Illahi. MInta doakan agar saya dikurniakan jodoh yang paling baik.”

Itulah komen dari Ruhainies tentang perkembangan kisah cintanya dengan individu bernama Mr E.

Go to Top