Genap setahun umurnya, Miera Leyana tayang wajah anak, Rachel Aisyah namanya

3,438 views

Semalam, pada tarikh 16 Mei 2022, buat kali pertamanya, pelakon cantik Miera Leyana telah muat naik dan upload gambar anak pertamanya.

Pelakon berumur 28 tahun ini juga buat pertama kali nya telah tayang wajah anaknya itu dilaman media sosial Instagram.

Ianya juga merupakan detik yang istimewa kerana di tarikh berkenaan merupakan hari bersempena sambutan hari kelahiran anaknya yang pertama.

Selain itu, Miera Leyana turut mendedahkan nama penuh anaknya itu yang dipilih olehnya dan suami. Nama anaknya ialah Rachel Aisyah.

Ini ucapan hari lahir dari Miera Leyana kepada anaknya.

“Hai permaisuri kecil, awak ni bukan anak kecil yang biasa-biasa. Awak ni dilahirkan dengan penuh rahmat dari Illahi. Saya tahu satu hari nanti awak akan buat kami semua berbangga. Kami akan jadi orang pertama yang bertepuk tangan dengan segala pencapaian dan semua achievements. Happy 1st Birthday anakku, Rachel Aisyah.”

Ini beberapa keping foto dan gambar eksklusif anak Miera leyana, Rachel Aisyah.

Di ruangan komen, ramai yang memberi komen puas hati dapat tengok wajah anak Miera Leyana ini. Memang ramai yang memuji comel.

Tak lupa juga banyak ucapan selamat hari jadi sempena hari lahirnya yang pertama.

Dapat dilihat ramai rakan artus turut teruja dapat menatap wajah Rachel Aisyah ini. Antaranya komen dari Ayda Jebat, Riz Amin, Dayana Roza, Vie Shanti, Atikah Suhaime dan penyanyi Ezlynn.

Untuk info, Miera Leyana berkahwin dengan suaminya Rosland Othman pada tahun 2022.

Sebelum ini, Miera Leyana dan suami berkata dia lebih gemar dan memilih untuk tidak tayang serta hebohkan hal mereka sudah selamat timang cahaya mata kepada umum, apatah lagi ini pengalaman pertama Miera bergelar sebagai seorang ibu, jadi mahu fokus sepenuhnya kepada baby Rachel Aisyah tanpa kehadiran media.