Hari ini merupakan hari kelahiran anak lelaki kepada pelakon Datin Maria Farida iaitu Mizan Ashley. Ianya merupakan birthday yang ke 25 tahun.
Seperti biasa, Maria Farida ada muatnaik dan membuat ucapan hari jadi kepada anak lelakinya itu.
“My baby turns 25 years old today. My sonshine, my rainbow and all the stars in the universe.” Tulis Maria Farida.
“Tak kira apa pun umur mu, saya akan sentiasa ingat di hari kamu lahir ke dunia ini, ke dunia saya. Berat masa tu 3 kilogram saja, sungguh kecil.”
“Satunya cinta hati saya. Hari ini saya umumkan sebagai National Mizan Day. Happy birthday mama’s love.”
Itulah ucapan penuh dari Maria Farida kepada buah hati kesayangannya iaitu Mizan Ashley.
Namun yang menjadi perhatian ramai ialah apabila penyanyi Nourul Depp, juga ada muatnaik gambar Mizan dan memberi ucapan hari lahir.
Ini ucapan dari Nourul Depp kepada Mizan: “Happy birthday dear Mizan, untuk yang ke 25. Anak yang baik sebab ada mama yang terbaik.”
“Auntie sangat happy dapat kenali Mizan. The most honest boy yang auntie kenal. Terima kasih jadi diri sendiri dan jaga anak perempuan auntie. Best wishes for you, dimurahkan rezeki dan juga diberi kesihatan yang baik.”
Nourul turut muatnaik gambar Mizan bersama anak perempuannya iaitu Ayu.
Ini sekaligus mengesahkan bahawa Mizan dan juga Ayu kisah dialmun cinta dan menjalinkan hubungan. Malah hubungan ini dilihat sudah mendapat restu dari family.
Maria Farida turut memberi komen kepada Nourul, ini komennya: “Mizan amat bersyukur dapat kekasih hati yang baik dan juga mother in law yang baik.”
Ini pula reply dari Nourul Depp: “MasyaAllah kak Maria Farida. We are both blessed. Thank you for always entertaining and cooking for Ayu.”
Nourul juga ada reply kepada satu komen yang menulis bakal menantu. Ini komen dari Nourul: “Insyaallah, serahkan pada Ilahi. Semua ini susunan dari Nya.”
Itulah perkembangan terkini tentang anak-anak kepada Maria Farida dan juga Nourul Depp yang telahpun menjalinkan hubungan.